Join MultiplyOpen a Free ShopSign InHelp
MultiplyLogo
SEARCH

Welcome to ----> d_klpacat Adventure Te@m

Journal XPDC

“ The climb is a demanding one and a memorable experience for those  
who have reached the top"
 
- B.D. Acres , The Ascent of Trusmadi , 1972 
 
1851 ~ Hugh Low reaches summit region of Kinabalu. he is the first  
man to look down the 900-metre depth of  
Low Gully 
 
1857 ~ Spencer St. John makes first recorded attempt by outsider to  
climb Mulu, but only reaches Banarat 
 
1858 ~ Spencer St. John & Hugh Low climb up 1,000 metre on Banarat.  
First ascent of South peak, 3,933 metre on Kinabalau  
(Spencer St. John) 
First outsider expedition to reach area of Gunung Murud and  
Batu Lawi in present-day Sarawak  
(Spencer St. John) 
 
1880 ~ Sultan Ahmad of pahang sends first expedition to Gunung Tahan  
in northern Pahang. Expedition 
blocked by Teku Velley 
 
1884 ~ Kulop Riau and William Cameron discover flat land in the  
middle of the Main Range in Peninsular Malaysia 
Survey Expedition discovers ancient ruins, 1,000 years  
old, on the summit of Gunung Jerai in Kedah 
 
1888 ~ First ascent of Low's Peak, 4,101 metre, on Kinabalu by John  
Whitehead. 
Low's Peak is highest point between Burma and New Guinea. 
 
1891 ~ The Resident of Baram (Hose) is the first outsider to climb  
Bukit Dulit in Sarawak 
 
1905 ~ First ascent of Gunung Tahan by Bulang, Che Nik, Mat Aris and  
Mu'min on the Wray-Robinson expedition 
Survey expedition makes first ascent of Gunung Gerah in the  
north of the Main Range in Peninsular Malaysia 
 
1906 ~ Survey beacon erected on summit of Gunung Tahan 
 
1908 ~ H.C. Robinson and C. Boden-Kloss are first outsider to reach  
the present-day Cameron Highland 
 
1911 ~ The Resident of Baram (Douglas) makes first government  
expedition to Bareo in kalabit Highlands of Sarawak 
Curator of Sarawak Museum (Moulton) leads first expedition  
to Batu lawi. The Furthest point is half-way 
up the saddle between the two peaks 
 
1920 ~ Tama Nilong from Long Terawan discovers the route through the  
rock cliff up onto the south-west ridge of 
Gunung Mulu 
 
1922 ~ Curator of Sarawak Museum (Mjoberg) makes first ascent of  
Gunung Murud, 2,423 metre - the highest 
mountain in Sarawak 
 
1932 ~ Oxford Expedition to Sarawak 
Tama Nilong and Edward Shackleton make first ascent of  
Gunung Mulu; the Curator of Sarawak Museum  
(Banks) and A.W. Moore are first outsider to climb Bukit  
Kalulong 
 
1941 ~ Japanese force capture Kuching on 25 December 
 
1945 ~ Z Special parachutes into the Kelabit Highlands at Bareo 
 
1946 ~ First ascent of lower peak of Batu Lawi by Tom Harrisson,  
Lejau Unad Doolinih and five other Kelabits  
From Bareo 
 
1956 ~ Myles Bowen and Morris discover a route from the Western  
Plateau of Kinabalu to Eastern Plateau  
(now know as "Bowen Route") 
Survey expedition makes first recorded ascent of Gunung  
Trusmadi, 2,642 metre, the second highest mountain 
in Sabah and in Malaysia 
 
1957 ~ Myles Bowen and W.R.M. Urquhart makes first ascent of King  
Edward Peak, 4,086 metre, on the Eastern 
Plateau of Kinabalu using Bowen's Route 
 
1963 ~ Kotal bin Bondial discovers a route to the Eastern Plateau of  
Kinabalu, via Ulu Mentaki and the Mekado 
Velley (now known as "Kotal Route") 
 
1964 ~ First scientific expedition to the Eastern Plateau of Kinabalu  
- the Royal Society Expedition, led by Corner 
 
1977-1978 ~ Royal Geographical Society/ Sarawak Government Expedition  
to Mulu Park.  
The world's largest caves discovered in limestone  
Gunung Api 
 
1978 ~ First ascent of Gunung Api, 1,710 metre, in Mulu Park. The  
summit is firstreaches by Tama Kulan and Tama 
Bulan (grandson of Tama Nilong who first climbed Mulu with  
Shackleton in 1932) 
 
1986 ~ First ascent of upper peak of Batu Lawi by rock climbimg team  
from 14th/20th King's Hussars, led by 
Johny Beardsall 
 
source :Rainman Blogsite

Blog EntryAug 6, '06 11:04 PM
for everyone

Jan 26, '04 - Jan 29, '04

Rimba Damai Kaya Air Terjun

Endau Rompin Selai merupakan pintu masuk ke-2 ke Taman Negara Endau Rompin Johor (TNERJ) selain pintu masuk utama di Kampung Peta yang sudah dikenali ramai. Terletak di daerah Segamat dengan pekan terdekatnya, Bekok, Selai mula dibuka Januari tahun lepas dan kumpulan Eco Adventure merupakan kumpulan pertama menjelajah kawasan itu tahun ini. Berbekalkan maklumat yang diperoleh daripada Pegawai Interprestasi TNERJ, Mohamad Adli Mansor, kami memulakan ekspedisi dengan menaiki keretrapi dari KL Sentral menuju Bekok di Segamat.

Kami tiba pada pukul 4 pagi dan meneruskan perjalanan ke Hutan Lipur Sungai Bantang untuk berehat. Menjelang pagi, kami meneruskan ekspedisi menuju Kampung Selai dan menempuhi empat buah kampung Orang Asli iaitu Kampung Kemayan, Kampung Kudong, Kampung Tamok dan Kampung Kemidak. Setibanya di sana, kami disambut oleh pengawas hutan, Ramli Bachok dan meneruskan perjalanan ke Lubuk Merekek. Oleh kerana jambatan Sungai Kemidak runtuh akibat banjir Disember tahun lepas, kami terpaksa meneruskan perjalanan dengan membonceng motosikal penduduk kampung.

Hanya kemudahan asas disediakan di Lubuk Merekek iaitu tandas,tempat memasak, meja dan kerusi rehat. Memang itulah yang dicari pencinta alam  kerana pembangunan terlalu pesat akan mejejaskan alam sekitar dan khazanahnya.

Hari pertama di Selai memberi peluang kepada kami untuk merentas hutan ke Takah Pandan dan kami diiringi juru pandu jala, Yasin Adun. Keistimewaan Takah Pandan ialah air terjunnya bersaiz besar dan kelihatan seperti pancuran air di bilik mandi. Trek ke takah Pandan agak mencabar kerana terpaksa mendaki bukit yang agak tinggi sementara laluan yang licin, basah dan tentunya dipenuhi pacat.

Selai memiliki 20 air terjun besar dan kecil yang mana hanya beberapa laluan sahaja telah direntas. Selain Takah Pandan, laluan ke air terjun yang telah dibuka ialah Takah Tinggi. Takah Tinggi adalah destinasi hari kedua kami di Selai dan laluannya agak mudah keran tidak berbukit tetapi di beberapa kawasan agak curam.

TNERJ telah menyediakan tali sepanjang laluan berbahaya untuk keselamatan pelancong. MEnikmati keindahan Takah Tinggi melekakan kami sehingga tidak sedar masa berlalu dan dalam perjalanan pulang, kami singgah di Takah Tempaang. Oleh kerana laluan ke sana belum direntas maka kami terpaksa meerdah sungai.

Yang menariknya di sini, peristiwa jari kanan Isham digigit oleh anak memerang yang ditangkap oleh Yasin.Takah Tempang turut mempunyai keistimewaan sendiri dan selepas bergambar, kami kembali ke Lubuk Merekek. Oleh kerana masa masih banyak, beberapa peserta mengambil peluang menikmati keunikan hutan Selai. Tumbuhan yang jarang dilihat termasuk pokok yang digunakan untuk membuat sumpit sempat dirakamkan.

Hari ke-3 di Lubuk Merekek memberi peluang kepada kami untuk mencuba aktiviti menyumpit. Oleh kerana lokasi berdekatan Lubuk Merekek dibenarkan emmancing maka seorang peseta, Din leka melayan jorannya. Antara hasil yang kami dapat ialah udang, sebarau, tengas, baung dan tilan. Lewat petang, kami berkemas untuk pulang dan pastinya kami akan datang lagi ke Endau Rompin Selai.

Sumber : Utusan Malaysia, Feb 16 2004 - Rohana Man



Blog EntryDec 27, '05 9:08 PM
for everyone
 

JEJAK WARISAN PAHLAWAN-MATKILAU TRAIL

 (bersahabat dengan alam)

tarikh prog : 27/1/06-3/2/06

kos prog;rm480,kos meliputi,pengangkutan,guide,ration,permit,insurans,t'shirt

27/1/06(malam)-naik bas di hentian putra.

HARI 1(28/1)

sampai di durian mas(trengganu).transit dgn van ke kg pasir raja(trengganu).transit dgn 4*4 ke lata keling(trengganu).klu nasib x baik menapak dari lubuk kundang(trengganu)ke lata keling(trengganu).campsite.acara bebas.

HARI 2(29/1)

dari lata keling(trengganu)treking ke gng mandi angin(trengganu)kendian treking ke kuala kemala(pahang).campsite.acara bebas.

HARI 3(30/1)

dari kuala kemala(pahang)treking ke kuala lurut(pahang).campsite.acara bebas

HARI 4(31/1)

masih di kuala lurut(pahang).bergotong royong cari buluh dan buat rakit.campsite.acara bebas.

HARI 5(1/2)

dari kuala lurut(pahang)berakit menyusuri sg tembeling ke kg bantal(pahang).campsite.acara bebas.

HARI 6(2/2)

dari kg bantal(pahang)naik bot panjang taman negara ke kuala tahan(pahang).tidur dihostel.acara bebas,

HARI 7(3/2)

kena bangun awal pagi utk dapatkan bas pertama dari kuala tahan ke jerantut.di jerantut ambil bas ke kl.kalau sempat boleh makan minum dulu.

lewat petang dijangka sampai di kl.

*deposit rm280 hendaklah dibayar tiga minggu sebelum tarikh xpdc,sekaligus tanda setuju menyertai xpdc ini.

*acara bebas disetiap campsite adalah dalam keadaan yg terkawal.

*soalan favourite'apsal mahal sangat?',sila layari web pinganchorage,dll.

*peserta terhad utk 20org yg pertama sahaja.

*kalau ada apa2 pertanyaan,call adam rasta@rempit 0123616730

ok,sahabat itu je crite lebih kurang yg bleh aku britahu.yg lelain tu wallahualam.ko pun sindri maklumlakan,kita ni berurusan dgn alam semulajadi.

 



Blog EntryAug 10, '05 9:07 PM
for everyone

Trans...Titiwangsa...

Trans Titiwangsa.. Hye.. ni maybe one of my best experience in my life..Trans titwangsa..2weeks before dat that day.. kitorg kene training.. lari pusing uitm s.alam.. naik bukit tonggek.. dpt arr sikit detail bout trans from people yg pernah pegi.. mostly ckp kt sana xde air..so kitorg pn wt ar training kt ledang.. shot puncak ledang in one day.. without water.. Tiba arr ari yg ditunggu.. br 3 ari lepas exam..mmg best..

23/06/05

0930 – Tang dh smpi bilik hacc.. smgt giler..haha..

1630 – aku ngan trojan kene gi Kepong utk refill gas..on da way blk ktorg accident dgn mercedez..kaki kanan aku bengkak sikit..kaki trojan melecur skir..masa tu moral dh down.. takut x dpt gi trans if keadaan kaki makin teruk..

1900 sorg mamat yg agk familiar mukenyer dlm sebuah vcd..tp bukan lubuk tupah ehh.. ijam namernye..mula2 diam je..

2100 – kodak gelabah cari cab. Gamat, comel, katod, belang, toto, antar ktorg kt depan Cemara.. penuh dgn kata smgt dan nasihat...

2130 – kicap antar smpi bus station seks.17..pastu dia balik kmpg..

2145 – bas bertolak dr seks.17

2245 – tukar bus kt Klang..Kodak jakun tgh bus station tu..haha

24/06/05

0015 - smpi kt slim river..berhenti mkn..

0120 - smpi kt bus stop jln raja nazrin shah,ipoh..tggu 4wd kt situ..

0130 - amik somphob (dk thai) kt medan gopeng.. cari2 ingat muke cam maner ntah..skali mcm melayu..thai celup arr..teruskn journey ke intake.. our starting point..dh arr aku duk blkang ngan kodak n trojan.. dier punye sejuk kul 2 pagi tu..tuhan saje yg tahu..hehe kitorg menjerit2 sepanjang jln tu..melalak2...

0200 - smpi intake..mcm kedai mkn arr.. pastu borak2 ngan syafiq..(org yg shot trans ni dua ari je..giler..) pastu dier pn citer arr sikit sape guide ktorg..

0230 - Tang goreng mihun.. guna perancah jer xder air..padahal sebelah dam jer. Dam dh jadi kaw. Larangan daa..sesi mengorat amoi dr bangi ni.. haha

0330 mkn dlm kuali..xder air..pastu x basuh pinggan.. semua dh siap..tggu guide Je.. si ijam x abis2 suruh gerak skrg ikut dam.. nk jimat masa..aku pun tido pastu..lyn..hehe...

0600 - sejuk giler..semua bukak rucksack cari jaket..

 0715 - dh cerah br dpt cari air..dlm gelap x nmpk..sejuk tetap sejuk..lg sejuk dr air-cond.tggu guide lg..ader arr yg gi make up muke.. buang taik mata..

0745 - Guide ktorg smpi..cian dier.. br turun dr yong belar smpi kul 2300..

0755 - Warming up..mcm nk lwn bola plak.. hehe capub pagi2..

 0815 - Start journey..dimulakan dgn bacaan doa dr imam kodak. Br je jln jumpe org asli bwk durian n petay (petai). Fresh tu.. dr utan titiwangsa..somphob pun beli skit petay tu..hehhe nantikan arr akibatnyer....

0845 - Start super duper bkt tonggek.. mencanak x ingat.. tgk pn cuak..canak gle..nk smpi kt atas dier.. sakit gk arr pinggang..beg dh rr penuh ngan ration..

0855 - beg trojan kene kutuk mcm peti ais..beg palan (guide ktorg) plak mcm bwk lembu..giler besar..berat x ingt arr..brape kali berat aku ntah..hehe

0940 - pada aras 320m...amik nafas jap..serta amik pic..HACC ar katerkan.. 1000 - pada aras 300m..nmpk nyer jln turun naik agak phyco..tekanan udara 97.7kPa..tekanan perasaan meningkat..hahah trek balak ini sunyi jer..

1055 - smpi di kmpg org asli, kmpg Termin.. terdpt byk rumah.. agak daif.. Kelihatan juga beberapa kudis(awek) sdg mandi berkembam.. jelas kelihatan segar dimata2 Haccers..hehhe..rehat jap..amik nafas n amik pic

1120 - smpi kt bwh rumpun buluh..lawa gilerr..sejuk n tenang..sempat posing utk kenangan.. sebab trans ni laluan sehala..ONE WAY journey..

1130 - smpi kt bus stop.. kt celah mane ntah bus nk lalu...bus stop tu dh runtuh.. Ktorg rest n lunch kt situ..masak lg.. bacaan geografi..315m n suhu 33.3ºC Agak panas gk arr..kate tgh hari.. matahari pun nk gk mencanak..bkn gunung jer...

1245 - bergerak semula ke bkt nenas..sepnjg journey tang laju gile.. phyco gile dk2 kt blakang..termasuk ar palan..yg menjadi team ulat gonggok (team lmbt kt blakang) 1310 - tiba kt lereng bkt..thrill gile lalu situ.. silap2 leh arwah kt situ.. disinilah kelihatan teamwork team petay ni..(name team trans kali ni)..

1325 - tiba di dataran pacat..cantik n best mandi.. Height 445m tp kitrog amik pic jerr.. kene gerak lg...palan ckp kt depan lagi lawa...tu yg smgt tu..

1340 - after redah sungai yg sama beberapa kali.. team petay smpi ky batu besar.. view dier..bole melenyapkn semua mimpi ngeri aku ngan jam kt KL.. suasana tenang..bunyi unggas serta air sungai yg mengalir.. indahnyer ciptaan ilahi..mandi air terjun tu..lawa giler.. air terjun atas lg lawa.. tp palan x kasi ktorg mandi kt situ.. bahye..

1415 - jln ke bukit penat.. dh arr baru lepas mandi..sejuk.. pastu kene trekking naik bukit penat..mmg penat.. kelihatan abg kodak hampir2 krem..hahah..ala2 KFC kt ledang.. tp atuk KFCnyer..lagi mencanak dr bkt nenas..tang yg x mandi maintain laju..aku pun x dpt nk follow.. giler power fitness minah ni..

1610 - smpi di kem seroja..muke masing2 mcm org x mkln 4 ari..sedih gile muke msg2..haha..x caya tgk pic arr..team petay meneruskn perjln coz palan ckp kiter awl lg..so baik tdo kem kijang..

1620 - smpi kt satu air yg terjun..lawa giler.. aku menghayati keindahan air terjun itu..rasa nk terjun je..hehe..

1630 - smpi kt bkt lagi penat..tuhan je arr yg tahu peant ktorg cmne.. dh dgn x cukup tdo..mknan x seberape..hehe lemah je badan ni..penat giler.. jap2 naik bukit.. pastu turun balik.. berape kali ntah.. phyco2..aku punyer arr tahan xnk duduk..last2 terduduk gk aku.. smbil mengajak trojan lepak bersama n bercerita kisah2 kanak2..hehe..lepak2..

1805 - selepas daki satu bukit lg.. smpi arr kt kem kijang..”perrgh baik xyh lepak td..” kate aku kt trojan.. Height 1010m suhu 26ºC.. kem dia kecik je.. masak megi masak petay..sebagai seorang yg bkn pengemar petay.. maka terpaksa arr aku makan jap..kt situ mana ader 7E.. dh arr penat..kene mkn gk..

1915 - jama’ maghrib isya’

1935 - makan mlm n chit chat..lepak2.. merapatkn hub..hehe

2100 - keadaan sgt gelap n sejuk.. masuk kemah.. utk main poker n declare.. Hehe.. byk gk yg kene pancung mlm tu..aku br blaja main declare masa tu

2210 - tido..bg yg dpt tido dgn lena...haha aku tido x ingt pape..lontong tdo kt hamock jer..giler.. dia xde dlm senarai penghuni khemah..hehe 25/06/05 0700 - br bgn, sejuk giler..gosok gigi & solat subuh..air sungai dier.. bole krem gigi, kalo brani mandi ar..sejuk giler..tapi stil ada model gunung yg mandi.. hehe saper lagi kalo bukan ijam..siap make up lg tu..masak utk lunch & breakfast..menu kari ehsan, sardin petay.. kater team petay..

1010 - bertolak ke last water point..tmpt sumber air terakhir b4 smpi pucak korbu

1115 - smpi di last water point Height 1455m..sumber air yg sikit tp segar.. digalakkan berak kt sini..hehe nk save air..kelihatan beberapa org yg pergi mencari pot baiknyer..plg best..kt sini ade line hp tu..teknologi...

1205 - smpi di bukit botak.. Height 1765m keadaam ;ebih kurang mcm bkt botak kt ledang.. lunch roti pita & sardin petay..jumpe team UUM yg wt record m’sia..pacakkn bendera m’sia di puncak G7 pada masa yg sama..1000..

1420 - bertolak ke puncak chuban..

1520 - kodak ckp pokok “tudung periuk” (periuk kera arr)...lalalalala.... view kt sini lawa gile.. bole nmpk semua puncak.. mencanak gk arr..

1525 - tang kate “ kulit gelap macho”..hehe..terdpt beberapa lokasi mencanak 90˚ sama mcm wall climbing.. mmg best utk aku ngan trojan..

1600 - smpi di puncak korbu raya.. Height 1990m.. indah nyerr pemandangan (ayat belang..hehe)..kelihatan kabus meribut.. masa ni nafas kuar asap tu.. cheh bangga..

1630 - aku ngan tang berlari ke puncak korbu.. 1st puncak G7..perghh rasa puas giler..Height 2105m..(sebenarnye 2183m)...terdpt ralat pada jam ijam.. pastu kitorg jama’ qasar zohor n asar..masak nasi putih, lauk ikan masin bulu ayam..tambah kicap dgn cekodok tang wt..layan..

1930 - jama’ qasar maghrib isya’...baca yasin kt puncak korbu.. tradisi hacc..

1950 - makan..rumput berembun..sejuk giler.. sempat arr amik pic sunset..

2130 - sempat call sumbody..hehe atas puncak tu..

2200 - tido..suhu 12˚C...sejuk gilerr.. mcm dlm peti ais..

26/06/05 0700 - bgn pagi n subuh.. pastu masak breakfast.. sejuk giler..nk beku je rasa.. ramai yg x thn..trojan siap tido kt kemah palan blk..

0800 - lontong berkata “senaman aeroback” hahaha..gelakkan dier..naik gunung mmg byk yg tersasul..

0830 - mkn nasik goreng, ikan bilis, still sejuk giler 14˚C..

0930 - bertolak ke H2O..guide bgtau hari ni kene jln jauh coz tido kt korbu.. Kitorg dgr jer arr tanpa memikirkn ape2...

1110 - smpai di puncak gayong..dr cini ktorg dpt tgk blk chuban, korbu raya n Korbu..view agak menarik..sempat amik beberapa pic..

1150 - bertolak ke kem cerek.. 1215 - tiba di kem cerek...masak roti pita sardin..ijam masak.. sedap siut Minum air barli..lama sial nk masak..

1350 - Tang kata kodak & capal “gaynyer”..capal ckp “aku nk test dier kuat ke x” 1540 - smpi di puncak junction..Height : 6852ft

1600 - bergerak ke H2O

1640 - laluan sukar..permukaan yg licin..turun sehingga 90˚..byk keadaan yg Berbahaya..Tang jatuh kt “tempat yg kejam”..kata ijam.. jatuh depan Aku..sib baik aku sempat tangkap beg dier..kalo x mmg jatuh gaung arr Tang.. makin susah arr..kaki tang mcm bengkak..perjalanan menjadi Perlahan.. semua org moral down..cuak gk arr aku..terbyg perjlnan 3 ari Akan dtg..hope Tang x sakit sgt..aku pun dpt tanda2 kenangan dr Tang kt Dada.. satu parut..luka bole thn arr..palan bagi aku plaster..thanx..

1840 - Trojan dh moral down..dia dh buang2 semua air yg ader..nk ringankn beg..cuak gk aku tgk..dh nk sampai H2O... trek menjunam n licin.. byk possibilities utk jatuh tergelincir n patah kaki..guide ckp tmpt ni byk ular..

1900 - tiba di H2O Height : 1395m.. keadaan kem site teruk.. tempat yg paling Horror penah aku tgk..aku rasa sumtim ‘lain’ kt cini..abaikn... smpi2 terus Pasang kemah n masak.. H2O ni horror, gelap n sunyi..mcm ada bende yg sdg memerhatikn kteorg..masak nasi + sup petola + ikan kering + telur dadar.. ijam msk..sedap siut..

1945 - maghrib + isyak.. pastu makan...

 2100 - main kad.. pastu tido kul 2300

27/06/05 0700 - subuh & masak..sejuk giler..17˚C..breakfast mee hoon tomyam...

1000 - trojan, lontong ngan aku berak bersama2...hahah mmg lwk.. cari pot masing2.. pastu bommmm..

1030 - stretching, doa, bersiap, kosongkn khemah n bersihkn tapak..br kitorg sedar smlm perjalann x doa..patut arr susah semcm..

1045 - bergrk ke puncak Yong Belar..

1250 - smpi di puncak anak Yong Belar... Height : 1860m

1300 - masa kitorg tgh lepak2..borak2..kteorg dpt berita yg mengemparkn..sedikit melemahkn smgt team petay..palan dpt msg dr mbr dier..ade org mati kt Chamah ulu sepat..dk2 tu pegi under team palan..dk2 UUM..masa ni ada perasaan nk kuar cepat ikut yong belar.. tp palan kate tgk keadaan..

1350 - start jln ke kem kuali..

1400 - tang jumpe ular kapak sumatera.. “viper”.. palan x sedar.. maybe dier tgh pk psl mbr dier tu kut.. palan ckp dier dh arr x bwk penyedut bisa n kalo kene plg lama bole idup 4jam..mmg cuak arr masa tu.. moral masa ni mmg down giler.. semua pk nk exit awl...

1515 - berhenti rehat.. 1825m 1

555 - smpi kt kem kuali..1935m..kt sini aku gi berak..hahah..pot lawa giler view berak plg best dlm idup aku.. selain dr dinding kt dlm toilet yg ari2 aku tgk.. tp terpaksa arr..kt cini ktrog amik air..

1700 - bertolak ke puncak Yong Belar..our last G7’s peak kt trans..

1735 - puncak ditawan...Yong Belar..height : 2100m @ 7155ft.. perasaan puas.. puas giler arr.. amik pic byk2..muke msg2 ceria balik..kt sini pun ader line..teknologi..palan ckp everything under control..so team petay bole proceed dgn plan ktorg....suhu sejuk giler..10˚C kt sini tmpt lidah angin.. pastu dpt tgk sunset... tebus kekecewaan ledang.. view lawa giler..allah maha pencipta alam...menikmati permandangan terindah mataku..masak nasi + ikan masin + pepedum + tomyam mee suwah..makan besar arr ktorg mlm ni..heheh

1830 - zuhor + asar

1930 - maghrib + isyak.. pastu makan.. tanah berembum..so ktorg duduk atas banner tajaan.. duduk mcm org jepun dlm kimono..hehe Tang ckp comel..

2030 - main kad..dlm kemah..sejuk giler..angin bertiup kuat..terasa khemah bergoyang2

2200 - tdo dlm kesejukan...heheh sib baik sleeping bag aku tebal...

28/06/05 0830 - msk meehoon tomyam..angin bertiup kencang..sejuk giler..sejuk arr senang cite..thp dewa..kemas camp site..doa n stretching...

1115 - bergerak ke kem gurkha..

1215 - jumpe tahi kucing dahan..

1310 - smpi ke puncak batu..kt sini ktorg lunch..lempeng milo + roti pita + scramble egg...best gk..lempeng milo xde gule..

1410 - bergerak ke kem gurkha..

1520 - smpi di puncak poncho..height : 1675m

1535 - smpi di kem gurkha..kem site yg luas..dk2 ni mandi n berak ramai2.. Kt cini ktorg amik air utk ke puncak Charlie..keadaan langit dh gelap..mcm nk ujan je..

1740 - tiba di puncak charlie..hantar sms ke semua budak hacc n family.. Kate puncak dh abis...solat zohor n asar..masak skali..abis kn semua ration

1830 - hujan turun..sib baik dh setup khemah..lepak dlm khemah dlm kesejukan..

1930 - maghrib n isyak..start makan besar..hehehe



Blog EntryAug 4, '05 12:46 AM
for everyone

Baru2 ni team kami telah diserang sekumpulan kutu babi yang sesat, so kat sini aqu nak bg petua dari nenek aqu macam mana nk hilangkan gatal tu..

Petua Jika Terkena Kutu Babi

- Nak hilangkan gatal, amik 3 helai daun sireh Melayu yang tua (lebih pun tak pe) kemudian letak kat tapak tangan dan konyok2kan pastu bila dah kuar air sireh tu korang lumurkan kat tempat yg terkena kutu babi tu.

- Sebaik2nya apabila terkena kutu babi jangan mandi sbb kalo kita mandi bertambah gatal dan merah kulit kita. Rasa gatal dan miang slalu akan berlaku selepas kita mandi.


Blog EntryJul 21, '05 9:34 PM
for everyone
Korang baca la sendili...w/pun aqu x sampai puncak tp aqu bangga sbb 2 org dr team kami berjaya ke puncak..tahniah Kak Masz n Shakey...
 
Oleh : biNGai - M.A.L.A.S

Tidak ramai yang mengetahui bahawa Gunung Benom buleh didaki dengan menggunakan 3 trek berlainan iaitu melalui Lata Berembun (Raub), Kampung Orang Asli Damak dan juga Kampung Tengah, Ulu Cheka. Yang pasti kebanyakan para pendaki memilih untuk menggunakan trek dari Lata Berembun memandangkan laluan ke puncak yang singkat.

Tidak ramai pendaki yang berjaya ke puncak melalui trek Ulu Cheka ini. Sering kali aku mendengar kegagalan demi kegagalan menanti para pendaki disebabkan oleh faktor jurutunjuk arah. Namun ianya tidak mematahkan semangat aku untuk berjuang menawan puncak Benom. Aku tidak ingin menyertai Kelab Jiwa Luka tersebut. Alang-alang masuk menawan Benom biar sampai ke Gua Musang.

Memandangkan abang aku adalah seorang pegawai pertanian yang seringkali berurusan dengan para penduduk Kampung Tengah berkenaan hal ehwal pertanian maka proses untuk mendapatkan khidmat jurupandu agak mudah. Incik Rosli a.k.a brader Bear selaku ketua guide di situ amat mudah dijinakkan dan incik Zul dari Jabatan Perhilitan juga memberikan lampu hijau bagi kami memasuki kawasan rizab hidupan liar Krau setelah berbincang dan diberi tekanan oleh abang aku. Pelan back-up juga dibuat andaikata jurupandu arah buat hal. Segala info mengenai laluan / campsite didapati dari web MOFAM (ihsan Dr. Eric Tan – Singapore Climber), mapping dan peralatan GPS disediakan untuk membantu sekiranya terdapat masalah di kemudian hari.

2 hari sebelum bermula trip, aku dikejutkan oleh berita daripada Angah (abang aku) berkenaan guide Kampung Tengah terbabit, Cik Rosli menarik diri untuk mengiringi kami mendaki ke puncak Benom via Ulu Cheka dan meminta kami agar membatalkan aktiviti ini atas alasan terdapat 1 kumpulan yang ingin mendaki Benom dan beliau terpaksa membawa mereka. Dia buat hal lagi...so aku memilih untuk terus mendaki menggunakan peta dan GPS. Biar sesat sekali pon, aku akan berpuas hati daripada dibatalkan dan terus diejek / diumpat oleh mereka yang sememangnya jeles terhadap aku ;P


Pre-Chapter (Friday-Day 1)

Hari yang cukup mendebarkan bagi aku sebaik membuka mata dari tido yang indah. Ya....aku akan menawan puncak Benom melalui trek ‘Jiwa Luka' Ulu Cheka. Para peserta kali ini dah aku war-warkan bahawa trip kali nih berkemungkinan tidak akan mengunakan khidmat guide dan kebarangkalian untuk sesat adalah tinggi. Mungkin ayat sesat nih dah sinonim dengan aku kot bermula dari trip YY-YB, Transpex Kosmo dan lain-lain. Namun kebanyakan daripada peserta masih sanggup bersetongkol dan menyondol bersama aku.

Line-up M.A.L.A.S ke Benom (via Ulu Cheka): -

1. Ngai a.k.a biNgai
2. Angah a.k.a Kuda Tua/Warga Emas
3. Chimm
4. Zul
5. Ezrin a.k.a RedTomato
6. PojiUsing
7. Sham Acung (Adik Pulut Itam)
8. Omar a.k.a Abg Tiger Balm
9. Mat Wea a.k.a Mat Sampel
10. Mas Pacat ~ dklpacat Adv Team
11. Shakey a.k.a Abg Dangdut ~ dklpacat Adv Team
12. Nizam Pacat a.k.a Poyo ~ dklpacat Adv Team
13. Rosmal a.k.a Abg Linkin Park/Warga Emas 2nd
14. Rozita Superman
15. Asnal a.k.a Abg Menza
16. Mahatdir a.k.a Abg Adidas
17. Idan a.k.a Abg GPS

Kesemua peserta bertemu di Projet MRR2 jam 11:30p.m. Seramai 2 biji kereta dan 1 van yang memuatkan 13 orang mula bergerak menuju exit Temerloh dan seterusnya ke Jerantut untuk bertemu 3 orang lagi peserta yang telah tiba awal dengan bas dan abg Ngah yang tinggal di Kuala Lipis. Jam 4a.m kami tiba di Pusat Komuniti Dusun Kalong, Kampung Tengah yang merupakan transit bagi kami menumpang tido. Segala peralatan dan ration mula dibahagikan sama rata antara peserta. Debaran mula dirasakan sejurus mata ditutup rapat untuk menikmati tido yang selesa buat kali terakhir. Baru jer mata nak terlelap tetibe trompet sapa tah dok menyalak nih. Antara cabaran pertama Benom. Nyusahkan aku jer nak tido.


Chapter 1 (Saturday-Day 2)

Pagi yang sejuk dan damai yang melenakan aku tido diganggu oleh Mat Sampel. Dok sibuk punggah beg pasal semut dah mula menghurung. Dok kelam kabut sungguh sampai aku nak sambung tido pon dah tak senang. Nak tak nak bangun jugak laa. Masa nih peserta lain ader yang dah bangun bersolat, packing barang, mandi (eleeehhh....kununn) dan membute lagi. Tengok jam dah pukul 6:45am. Nak tak nak bangun gak laa pasal ikut plan kitaorang patut mula bergerak cari trailhead jam 8a.m.

Ngai : Tuhhh dia puncak Benom...sayup-sayup jer nampak…
Mat Wea : Ini 1 hari pon kita buleh shoot Ngai…wa ingat jauh sangat…
Ngai : Lu pilih laa...1 hari mau keluar Gua Musang ka 2 hari mau sampai puncak Benom?
Mat Wea : Ngaiiii….lu mulut jangan cabul ngaaiiii….

Kalau dah nama M.A.L.A.S tuh still M.A.L.A.S la gak, pukul 8:30a.m baru mula menapak mengikut lorong kebun berkelompok milik para penduduk kampung. Cara susunan dan pengurusan kebun yang sungguh menarik menyebabkan treking pada pagi nih rasa damai jer. Udara nyaman daripada banjaran Benom terus menerus menusuk ke dada.

Ngai : Poji weehh....stop jab....tembak GPS carik lokasi…
Poji : Kita kat sini (refer map)....tapi trailhead kat sini (refer map)...awal2 lagi dah terbabas….
Ngai : Ok...kite patah balikkkk...hambik belah kiri simpang tadi….
Shakeys : Oleh yang demikian maka berakhir laa xpdc kita kali ini....bertemu lagi pada xpdc akan datang....sekian, terima kasih!!

Dari kebun buah-buahan ke kebun getah kami mengatur langkah, namun trailhead yang dicari masih samar-samar. Terkenang cerita rakan-rakan yang mengikuti xpdc yang sama menggunakan khidmat jurupandu Kampung Tengah, “bagai melawat dusun jer trip kitorang”...ohh tidaaakk !! Jam 9:30am kami telah mula memasuki trek hutan, alhamdulillah. Mula menyusuri sungai-sungai kecil sambil tangan sibuk menghalau nyamuk. Agaknya ini laa trailhead yang dicari-cari.

Poji : Patah balik wehh...nih jalan pacak gile nih...nih jalan jabatan hutan buat banci nih...semak tak ingat
Ngai : Yeaa yeaa...kite patah balik yeaa yeaa...yahoo!!
Chimm : Ngaaaiiiiiiiii....!!!
Ngai : Ngan la pandang aku camtu chimm...hehe

Kami masih berlegar-legar sekitar dusun durian/getah mencari trailhead seperti info yang diperolehi namun masih buntu. Dalam perjalanan mencari trailhead tuh sempat gak la sweeper-sweeper kat belakang nih kene penyengat. Ntah dari mana datang menatang nih pon aku tatau. Tetibe jer kene injet 2 das. Agaknya nak greet ‘Welcome to Kampung Tengah' kot. Takpe laa, janji jangan greet aku suruh lepak kat kampung nih 3-4 hari dah laa. Dari jalan tanah merah ke jalan tar, trek tak jume-jumpe gak. Chimm dah mula main radio dia…pot pet pot pet pot pet....pekak kan jer laa telinga nih…

10:30am akhirnya kami berjaya bertemu dengan trailhead yang dimaksudkan. 1 lorong jalan rumput siap dengan gate pintu buluh, tak ubah macam jalan nak ke kebun tok wan aku kat kampung. Siap dengan longgokan taik lembu bersepah disana sini. Terima kasih diucapkan pada sorang brader kampung nih yang tengah potong kayu getah yang sudi menunjukan jalan. Kalau dia kencing, takkan dapat dia lari ke mana-mana punye, aku carik sampai ke lobang jamban. Lorong tersebut membawa kami memasuki kebun getah. Kalau nak kata ladang lembu pon buleh gak pasal taik lembu bersepah sana-sini…eeiii…..najis!!

Satu hal lagi nak mencari trek hutan kat dalam kebun getah nih. Kami berlegar-legar di dalam kebun getah mencari trek hutan berpandukan bearing kompas banjaran Benom. Nun dia kat puncak bukit kebun getah starting point trek hutan nih bermula.

Perjalanan kami pada kali ini buleh dikatekan amat santai. Trek hutan yang dilalui tak ubah seperti trek balak yang telah lama ditinggalkan. Sang nyamuk mula mengekori rapat sambil menggigit jika berpeluang. Keadaan trek yang agak bersemak menandakan bahawa ianya teramat jarang dilalui. Brader potong kayu tadi mengatakan last team yang naik dari UP.M ke UTM ke atau U U lain (aku tak ingat) bulan February 2005 tapi sampai ke kem 2 jer dengan incik Rosli kita tuh yang jadi guide. Sah kene kencing la dorang tuh lagi ngan si Rosli. Kalau ikut map kem 2 tuh baru separuh perjalanan ke puncak Benom. Kapla aku dok ding-dong memikirkan apesal laa dorang nih tak nak naik puncak nih sampai sanggup menipu / kencing para pendaki nih? “Tembak GPS weeii....check balik kat mana lokasi kita skang...”...”on track...on track oiii”, tuh jer laa bentuk komunikasi / contoh ayat kitorang time tuh.

Tengah sedap-sedap layan trek landai tetibe kami dikejutkan oleh satu lencongan ke kanan. Trek di hadapan kelihatan begitu semak. Mungkin nak mengelak pokok tumbang agaknya kata suara hati ini. Poji di depan selaku tukang tebas trek kelihatan bersungguh-sungguh mengecam sebarang tanda-tanda trek.

Poji : Weyy….nih trek jabatan ukur bukak nih...dorang potong permatang ukur sempadan daerah...kite on track lagi nih...tapi pacak tak ingat lahh
Ngai : sondol jer...baru laa yahoo !!
*Sambil mencanak tuh kedengar nafas-nafas kuda para peserta...radio chimm pon senyap jer time nih...trek potong permatang terus...takde zig zag woo

Gila punye trek!! Jahat punye trek!! ader ker patut kasi 75% pacak...orang keje jabatan ukur nih pon satu ikut suke-suki dorang jer nak bukak trek. Bebudak trip aku pon satu dol pegi ikut dorang punye trek buat apa? hambik obat masing-masing sampai permatang atas. Perjalanan seterusnya adalah melalui bekas jalan balak yang telah lama ditinggalkan. Tongkat ali tumbuh meliar di sini bagai diminta untuk dicabut. Balik nanti siap la kau! Terasa panjang juga melayan trek balak tinggal ni...dengan nyamuk melilau sana sini, macam la tak penah hisap darah...pantang take 5, memang sibuk la tangan nih mengibas menghalau sang durjana.

Kuda tua : Oi rozita...ko jadik Superman jab recce trek dari atas...kalau kitaorang salah simpang kasi tau la...tak larat laa asik terbabas masuk salah trek jer
Poji : kalau ikut map kita masih on track nih bang ngah...
Kuda tua : alaa aku dulu dari yong yap nak ke yong belar pon on track gak...sedar-sedar keluar kat Gua Musang...
Chimm : Ngaaiiiii...make sure aku hari isnin keluar...selasa aku ader exam….
Ngai : ko nak isnin minggu ni ke isnin minggu depan?

Jam 1:30p.m buat kali yang tah keberapa gear gostan terpaksa diambil gara-gara terbabas lagi dan lagi dan lagi. Pewai badan bukan pasal letih mengadap trek tapi letih melayan berpatah balik jer. Nasib tak memikul 4 ekor lembu stok ration kali nih, kalau tak azabbb. Masing-masing dah sibuk mencari air. Sejak dari trailhead sampai port masa nih satu anak sungai pon kitaorang takde melangkah. Berdasarkan report dari Dr. Eric Tan, hari pertama nih banyak nak kena crossing sungai. Ntah betul ke idak trek yang kitaorang redah nih. Tanya pada pakar asik-asik jawap on track...on track jer!! Alhamdulillah tak lama lepas tu kami mula bertemu dengan mata air yang pertama untuk hari ini dan seterusnya hinggalah tiba di sungai yang pertama. Hujan plak tetiba turun tak ingat punye lebat. Ok...kita lunch kat sini salak aku pada para peserta trip malang ni. Pilih port yang best seberang sungai, bukak flysheet dan mulakan tugas aku untuk kasi makan bebudak nih…

Hujan makin lama makin lebat...makin lama makin kuyu plak mata nih menunggu reda. Air sungai dari mengalir lemah lembut, kini dah mula mengalir deras. Sah kepala air dah turun nih. Poji sibuk refer kat map mengesan kedudukan kami. Mengikut kira-kira hentam keromok kitaorang dah terbabas kat seberang sini, padahal trek yang dikesan kat seberang sungai sana. Dah satu hal lagi nak menunggu sungai surut lagi untuk crossing...ceehhh suweyyynya trip nih !!

Kuda Tua : aku dah cakap dah buleh crossing...bukan dalam pon air sungai nih kalau dia naik !!
Abg Menza : Sebelum hujan tadi aku dah tiruk kat satu port...ader la paras pinggang...lepas hujan mau naik paras dada tuh...
Kuda Tua : ko tiruk kat lubuk dia memang la paras dada...aku crossing tadi paras betis...aku dah cakap tapi kau tak caya...pot pet pot pet pot pet bla bla bla...tu la degil...bla bla bla
Abg Menza : Ye laaa...sume laa salah akuuuuuu...aku nak balik laa camnihhh
Ngai : Aicemenn...daa nak stat treking ker? belom tido lagi nih...;(

Hampir 2 jam kitaorang terkandas kat port lunch hari nih gara-gara silap tukang tilik untuk crossing sungai. Tapi takpe, sekurang-kurangnya trip nih takde la pressure sangat walaupon tanpa sebarang info yang sahih berkenaan trek. Jam 4:30p.m kami memulakan perjalanan untuk mencari lokasi kem 1. Berdasarkan map kem 1 hanya +-800 – 1000 meter di hadapan. Dah macam trip mencari harta karun la plak program aku kali nih...kalau kat KL senang la nak mencari, nih dalam hutan beb.

Kami tiba di kem 1 (kompem setelah diakui kesahihan lokasi menerusi GPS) tepat jam 5:45p.m. Memandangkan suasana hutan yang makin gelap dan ceteknya ilmu penunjuk jalan kali nih berkenaan selok belok trek maka kata putus diambil untuk bermalam di Kem 1 ni. Kawasan Kem 1 agak luas dan mampu untuk memuatkan 20 - 25 orang untuk satu-satu masa. Terletak bersebelahan dengan sungai yang mengalir jenih airnya (kalau tak hujan laa). Apakan daya trip kali ni beras yang ditanak, nasik beriyani yang menjadik dek pasal spesel efek air yang digunakan untuk memasak nasik kali nih (hujan la dolll...air sungai keruh !!)

Ezrin : Ngaiii...cakk...woooff
Ngai : hape ko nak Ezrin ? rumen ko kanggg...mentang-mentang la ko kiut ari nih
Ezrin : alaa tak herannn...kite ader abg Poji...woooff!!
Ngai : :p~ (sambil memandang suar koyak Ezrin)
Ezrin : Abg Ngah...tengokkk laa Ngai nih...gatalllll!!
Kude Tua : Aper gatal-gatal nih? kang aku suruh ngai kawen dengan ko kangg...aku tak buleh tengok budak pompan kiut-kiut nih...
Ezrin : Adik ngan abg same jer...blaa laa...ko laa!!

Malam nih walaupon suram namun tetap meriah dengan pelbagai gelagat peserta. Walaupon ader di antara kami yang baru pertama kali bertemu tapi itu tak jadik hal. Biasa la memalu kucing mula-mula tu...dah biasa nanti baru la buleh bikin tiger show kan...kan kan?? Ooo tak buleh ek? tiger tu bukan adik bradik kucing ek? Menu malam nih agak mewah dan penuh berseri-seri dek kerana tukang melayan / menghidang nasi + lauk pauk...sudah la koranggg...treking baru 5 - 6 jam, tuh pon sampai terbabas...ader ati nak puji aku masak sedap ek...bla la korang...ahahahaha ;p...Lepas makan jangan lupa basuh periuk yek. Sharp jam 11p.m semua dah selamat terlelap. Tak bujang betul la korang...tak cam aku ngan Mat Wea...ehe ;p


Chapter 2 (Sunday-Day 3)

Pagi yang indah dan tenang. Buat pertama kalinya dalam sejarah aku treking nih aku terpaksa bangun awal. Misi penting adalah untuk menyiapkan sarapan para peserta. Dan dengan rasa tensionnya aku menyesal jadi chef de mission kali nih. Ape taknya orang lain sedap jer tido, baring-baring, mengeletik dalam sleeping beg dan aku terpaksa memasak nak kasik bebudak nih melantak...nasib badan laa camnih ;p

Perancangan awal malam tadi nak mula bergerak seawal jam 8am. Misi hari kedua agak perit juga pasal nak kene mencarik trek pacak memulakan pendakian bermula dari ketinggian 400meter ke 1200meter melalui permatang banjaran. Kita hanya merancang dan macam biasa laa ketua projek gak yang bikin slack terhegeh2 nak packing beg...oii aku tukang masak laa...bangun awal pagi nak memasak untuk korang...pastu nak kene basuh periuk...pastu nak memerut...ehehe...9:30a.m baru mula bergerak merentas denai yang agak bersemak. Rintangan pertama kali untuk hari ini adalah crossing sungai...chop suweeyy betul laa...pagi-pagi lagi dah basah stokin. Dan sejurus selepas itu trek yang menanti adalah permulaan pacak mendaki permatang banjaran.

Tanpa disangka secara tak sengaja kitaorang jumpe waterfall la plak. Ingatkan kalau ikut trek Lata Berembun jer buleh jumpe air terjun...tapi tak jiwa luka la ikut Lata Berembun kan? ehekk ;p...tak jauh dari high fall nih ader 1 campsite (rujuk pada report Dr. Eric Tan – Waterfall Campsite)...buleh memuatkan 15 - 20 orang peserta. Dari sini perjalanan semakin sukar. Trek totally bersimpang siur...ader satu part yang memang takde tande trail...pure jungle condition. Team terpaksa berhenti beberapa kali untuk memudahkan team recce mencari arah yang betul.

Ngai : Braper kali daa mau brenti2 nih...mentang-mentang la aku MALAS, suke-suki korang jer nak berenti..
Ezrin : Rirek la deer...kate MALAS…
Abg Linkin Park : Okey aper treking camnie...jalan sikit, lepak banyak...
Ngai : Ko buat aper tuh Ezrin?
Ezrin : Aku tengah eksesais melangkah kaki beso-beso laaa sementara tunggu dorang carik trek...
Poji : Oiii...sini oiii...kita main offtrek naik permatang tuhhh…
Ngai : Hoyeaaa!!!

12:30p.m tiba di permatang banjaran setelah puas melayan offtrek. Gila punye keje...trek lama hanya clear pada ketika ini. Memang kompem dah lama takde orang lalu sampai tertutup trek asal. Group February 2005 hari tuh ntah sampai ke idak Kem 2...atau kene kencing dengan Bear sampai waterfall jer (tatau laa kalo bebudak U tuh bute mata hati...puncak waterfall pon buleh caya tuh puncak Benom). Take 5 seketika untuk lunch ala kadir dan sambung balik treking 30 minit lepas tuh.

Ngai : ZzzzzZZzz...
Abg Balm : Betul letih ko ngai...
Ngai : Fuuhhh...tobatttt tanak naik lagiiii
Mat Wea : Saper ader air oiii...tekak wa kemarau nih
Kude Tua : Kalau ko nak tunggu jab...air sirap tadi tengah ditapis dalam perut nih untuk nyah warna dan perisa yang dibenarkan...nanti dia keluar pure mineral water tapi hancing sikit la...
Mat Wea : ……...

Sesungguhnya trek pada masa nih Tuhan jer la yang tau betapa pacaknyer. Dah la pacak 80%...panjang plak tuh...kot ader mat rempit yang gile memacak motor pon aku ingat kompem dia tak sanggup nak melayan pacak kat sini. Similar trek cam kat Liang East West dari Kem Kubang Babi ke Campsite 7-11...tapi 4 kali jauh dia punye perbandingan. Tambahan pula bekalan air ketika ini sungguh kritikal. Macam kude baru balik racing kat Sahara jer masing2...menogok air tak hingat punyek sampai abeh supply.

Ezrin : Abg dangdut...ader air lagi tak?
Abg Dangdut : takde la dik Ezrin...
Ezrin : Ngaiiiii...ader air lagi tak?
Ngai : Tarak...kalo ader pon takdenye aku nak kasik ko….
Kude Tua : Kalau ko nak tunggu jab...air sirap tadi tengah ditapis dalam perut nih untuk nyah warna dan perisa yang dibenarkan...nanti dia keluar pure mineral water tapi hancing sikit la...
Ezrin : Abg Pojiiiii...tengok laa dorang nihhhh!!!!

Hayun tetap hayun...langkah time nih memang kalo buleh digerakkan dengan bateri pon aku sanggup pakai. Bila laa nak abeh trek canak nih...kalau buleh nak merangkak jer time nih tapi mengenangkan tugas sweeper nih kene menten kool dan tough terpaksa laa berpura-pura walaupon mentol jugak la mental nih. Tanpa disangka-sangka nampak puncak sikit kat atas tu...dan suara bebudak lain jelas kedengaran. Dan tepat jam 3:45p.m kitorang tiba di Kem 2. Camne kitorang tau tuh Kem 2? Ooo ingat kitorang suke-suki jer nak namekan puncak tuh Kem 2 laa tuh...ader plet la samdoolll tulis kat situ Kem 2. Tak caya tengok gamba laa...
Keadaan Kem 2 nih agak luas dan rata. Cukup untuk menempatkan kira-kira 20 - 25 orang. Planing kami pada hari kedua ni adalah untuk shoot trus ke Kem 3 tapi bila refer balik kat map, jarak dari Kem 2 ke Kem 3 lebih kurang 3km (mengikut peta) tidak termasuk jarak kontur yang rapat. Dengan baki tempoh treking lebih kurang 2-3 jam rasanya impossible untuk kitaorang shoot ke kem 3 dengan keadaan trek macam nih. Kata putus diambil untuk set campsite kat sini berdasarkan beberapa faktor. Masalah utama yang paling ketara...di mana nak cari air??

Poji : Kalau ikut map, area lembah bawah kem 2 nih ader matair tapi kita tak tau exactly kat mana point tu...
Abg Dangdut : Aper susah...kita kan ader GPRS...cek location based pada map laa…
Ngai : Baik ko call Customer Care Service tanya kat dia mane last water point tuh...tak pon suh dorang anta supply air 4-5 tong...
Abg Dangdut : ……...??
Kude Tua : Kalau ko nak air tunggu jab...air sirap tadi tengah ditapis dalam perut nih untuk nyah warna dan perisa yang dibenarkan...nanti dia keluar pure mineral water tapi hancing sikit la...
Semua : woiiiiiii !!!!

Mengikut report Dr. Eric, last water point adalah sekitar kawasan Kem 2. Bermakna bekalan air terpaksa dipikul bermula dari sini hingga ke puncak Benom...maka melilau la kitorang mencari last water point yang dimaksudkan tuh. Habis segala denai yang ader diredah untuk mencari sumbar air. Masuk denai nih keluar kat denai sebelah sana. Sah...trek lingkaran binatang nih...pusing2 keluar kat situ gak. Mampusss...takkan nak mengharap sumber air mineral kude tua kot. Takkan nak turun ke area air terjun tadi untuk tapau air pastu naik mencanak lagi? rasanyer aku rela minum la mineral water kude tua tuh...

Slow-slow aku cuba mengingat semula report Dr. Eric...kalau tak salah last water point dia ader mention beyond 200 meter dari campsite. Time nih gak semua berbalah sesame sendiri membahaskan makne beyond tuh. Samada beyond=selepas atau beyond=sebelum. Maka pada saat genting tuh sempat lagi la kitorang bukak kelas mari mengajar bahasa English untuk mencari makna sebenar perkataan BEYOND. Elehhh…kalo korang terer kasik tau laa skang...ehh silap... Elehh kalo korang terer kasik tau laa time naik Benom via Ulu Cheka nanti ;p...Benom punye pasal habis bebal sume orang memikirkan makna beyond tuh.

Kude Tua : Korang jangan risau laa...malam nih mesti hujan punye...Tuhan Maha pengasih dan penyayang pada hambaNya...
Ngai : Nampak gaya macam nak hujan jer nih...
Kude Tua : mintak-mintak jangan la turun lebat sangat...nanti naik plak air kat trek depan nih….
Abg Menza : yerrr laaaa...aku ngaku laaa salah aku semalaammm…

So kude tua hambik risk untuk recce water point area selepas Kem 2. Maka berdoyon-doyon la machai2 yang terpaksa mengikut untuk mencari air tuh. 45 minit lepas tu dorang balik dengan keadaan tercungap-cungap. Memang betul la water point tuh terletak 200 meter selepas kem 2. Air memang hambik cukop2 untuk memasak malam tu dan memang kompem beras yang ditanak bakal menjadik nasik beriyani lagi. Korang tau pasal aper? Aaa...tatau laa tuh...pasal sumber air tuh spesis air lopak laa dollll...Abeh laa angan-angan aku nak minum sirap malam nih ;(

Majlis makan malam nih agak suram sikit la pasal air yang amat terhad. Air sirap pon bikin pakai serdak-serdak air belen treking tadi. Walaupon air kurang namun menu tetap gah...korang mesti tertanya-tanyakan camne buleh ader menu gulai daging masak lemak cili api, cendawan masak sechuan dan lenlain? tuh sume pasal aku terer masak laa...huaaa huaa ahahaha ;p. Aku tau korang nak recharge tenaga, tuh pasal la aku masak sedap2. Dah abeh makan, prot kenyang tapi haus la plak. Hmm elok jer abeh makan maka hujan pon turun la dengan amat lebatnya. Alhamdulillah...buleh la layan tadah air sikit sebelom tido untuk pakai besok pagi. Sebelom tido sempat gak masak teh O sikit...mau buat makan ubat...tetiba plak rasa badan nih lain macam...aderkah terdapat aura yang amat jahat di persekitaran Kem 2 nih ? Wallahuallam.…jangan layan jelir lidah ngan aku dah laa ;p


Chapter 3 (Monday-Day 4)

Pagi nih aku rasa macam nak demam. Badan tetiba rasa panas sikit. Terfikir plak buleh ke aku treking hari nih? Malam tadi memang betul2 ujian maha dasat la. Hujan lebat tak ingat. Yang jadi mangsa aku jugak la pasal hambik port kat dapur untuk tido….hambikkk ko jadi part time jaga pintu flysheet. Dah tutup cantik pon air masuk gak dek pasal angin yang bertiup kuat. Sabo jer laa...tak larat aku nak melayan lagi pasal jam time tu dah pukul 1 lebeh...tido je laa buat tatau...tetau pagi nih dah demam la plak...bebudak lain dah bangun pastu bising2 nak makan...korang tak nampak ke chef nih tengah demam? masak la korang megi tuh...aku MC ari nih masak2 ehehe. Pagi tu juga miting tergempar diadakan untuk mancari kata putus berkenaan trip kali nih. Ader yang sajes untuk shoot sampai puncak then patah balik untuk turun keluar dan balik KL terus. Berdasarkan map kitaorang terpaksa mengharung lagi 6km untuk sampai ke puncak Benom. Keadaan trek yang tidak ketahui akan bentuk mukabuminya.

Mahathir : Kita shoot terus puncak pastu patah balik la turun...
Abg Linkin Park : Impossibleeee...keje berat nih…
Poyoz : Awek aku suruh balik hari nih laaaa...
Chimm : Ngaaaiiiii...
Ngai : Ngan la kaco aku...aku tengah demam nihhhh…

Atas sebab-sebab ader di antara ahli xpdc terpaksa bertugas / exam / deting pada hari selasa maka kami pon berpecah menjadi 2 team. 9 orang terpaksa mengambil borang menjadi ahli fan “Kelab Jiwa Luka” dan 8 orang bertekad untuk bertindak “akelaa...kami buat seabess baeekkk”. Sedih juga time nih pasal terpaksa berpisah dengan team mate yang lain. Bukan kesemua 9 orang tak dapat follow, yang betul2 kene keje hari selasa tuh ader laa dalam 3-4 orang jer...lenlain tu sume terpaksa ikut balik pasal menumpang transport member. Dalam masa sedih tuh sempat gak member2 yang tak dapat ikut naik mengirim barang2 peribadi untuk diabadikan di puncak Benom...tak malu betul. Dah la tak naik, nak kirim barang pulak suruh posingkan kat puncak...cam posmen la plak ehehehehe ;p...anyway semangat korang akan ku bawa naik ke puncak dan akan dipastikan barang peribadi milik korang tuh dapat diabadikan. By Hook or By Crook!!

Tepat jam 11 maka berpisah la kitorang. 1 team consist 9 orang turun keluar dan 1 team consist 8 orang naik ke puncak. 5 minit dari Kem 2 kami tiba di kolam tempat ambil air semalam. Takyah espect la air kat sini jernih melainkan kuning / coklat jer kalernyer. Kali nih nak kene standby air yang cukup untuk sampai ke puncak. At least air kompeni kene ader 2 botol setiap orang tak termasuk air minum untuk treking jelas aku pada semua ahli trip.

Poji : Member aku yang join trip Dr. Eric tu kasi tau kat Kem 3 ada water point betul-betul kat depan campsite...
Ngai : Member ko pegi taun 2001...kite kat taun 2005...katekan takde air camne?
Kude Tua : Kalau korang nak air tunggu malam kang la...air sirap malam tadi tengah ditapis dalam perut nih untuk nyah warna dan perisa yang dibenarkan...nanti dia keluar pure mineral water tapi hancing sikit la...
Ngai : yeayyy aperdaasarkesss...

Selesai tapau air kitorang sambung treking ke puncak. Target adalah untuk bermalam di puncak. Masya-Allah trail masa nih memang langsung takde tande2 orang lalu. Dengan semak, duri, pokok tumbang terus menerus kelancaran perjalanan trip kali nih. Yang jadi part time tukang tebas trek adalah tak lain dan tak bukan incik Poji Using kite yang bertungkus lumus menetak dan melibas segala aper yang ader di hadapan. Nasib baik la Poji nih dilahirkan sebagai seorang lelaki dan tidak sebagai seorang perempuan...kalau tak dah braper duit hantaran kene diskaun dek kerna parut-parut libasan duri ketika menebas trek...ehehe ;p

Satu problem yang ketara pada masa ini adalah kitorang tiada GPS untuk menentukan lokasi dan koordinat perjalanan. Cuma harap kat kompas RM25 milik incik Poji kite nih jer. Dah takde lagi dah ayat tembak GPS, diganti dengan ‘wehhh bearing braper nih??'...itupon nak kene panjat pokok dulu carik / set puncak Benom untuk tentukan arah tuju trek yang sebenarnyer. Layankan jer laa semua permatang yang ader nih...jangan keluar Gua Musang dah laa. Sedang asyik treking kat belakang dengan Mat Wea (biasakk laa sweeper yang bagus kene memastikan no one left behind – sori Muzs pinjam ayat SOS ko ;p)….zaass kene satu dos injection kat betis aku...hape benda laa bala yang dok menimpa aku nih. Tak sampai 10 saat dah berdenyut2 seluruh betis aku nih...pedih yang amat. Melilau sekeliling trek maka terpandang laa serangga yang dok terbang. Besar ibu jari, warna oren...sah penyengat gunung. Diketahui ramai penyengat gunung nih adalah nombor 2 berbisa selepas tebuan...walaauuweeyyy dah la tengah demam, pastu kene sengat lagi...nyesal plak jadik sweeper nih. Ape mende yang orang depan langgar yang jadik mangsa sweeper gak...woooo sedihnya nasibku. Mat Wea kene gak sedas kat tangan. Bagus!! at least aku tidak keseorangan...ehehe. Tengah hepi / seronok / sakit zassss kene lagi sedos kat dahi aku plakk...shilakakkk...terus berlari aku ke depan meninggalkan Crime Scene.

Ngai : Mat Wea...gua mintak mahap la pasal mengata lu tadi...no wonder la wa kene lagik sedas kat dahi…
Mat Wea : Wa rasa cam lumpuh la tangan wa nih...
Ngai : Wa rasa plak sebelah kapla hotak wa dah tak buleh berfungsi laa...nyuuttt nyutt bunyiknyer…
Ezrin : sian dia...rirek la deer...ko pikirkan itu hamlau 2 ekor...mesti tak ingat sakit punye…
Ngai : yaahoooo!!

Lepas rirek-rirek lebih kurang 30 minit melayan / meneutralkan rasa sakit penyengat tuh maka perjalanan diteruskan. Time nih aku dah tak ingat aper-aper dah...sibuk melayan ting-tong kat kepala nih tapi still lepak kat belakang selaku sweeper. Mat Wea yang sebelum nih sibuk marking trek dengan parang kontot dia aku tengok dah blur jalan terhoyong-hayang. Memang kaw la penangan penyengat gunung ni. Banyak kali juga berhenti sepanjang trek untuk memastikan kami tidak terlepas Kem 3. Ader jer area yang clear sikit trus claim tu la Kem 3. Cam biasa laa condition trek...pacak layan 50 meter...turun 40 meter pastu pacak balik 80 meter. Trail masih samar menandakan tiada sesiapa pon yang melalui trek ini untuk ke puncak Benom sekian lama.

Ngai : tchooomooottt...ermmm tcaaakkkk!!
Ezrin : binghaaiiiii...errmmm tcaakkkkk!! Wooofff….
Ngai : ko okey Ezrin?
Ezrin : huh...aku rela naik Kuala-Tahan-Kuala 7 kali daripada naik ini Benom via Ulu Cheka….
Kude Tua : Otromen pon kalau jumpe trek camnih mau weak bateri kat dada dia...asik lip lap lip lap jer mintak nyawa…

Sememangnyer menyeksakan hidup mencari trek asal ke puncak Benom. Dari satu puncak tipu ke puncak tipu dilalui. Dari setiap kawasan lapang diteroka takut terlepas Kem 3. Trek pacak dihadapi satu demi satu. Perit sungguh...azab yang amat trek Ulu Cheka ini. Jam 3p.m kami tiba di satu puncak batu tak ubah seperti puncak Stong. Take 5 kat sini disebabkan dah tak lalu melayan permatang yang pacak. Hambik tenaga...it's tea time...yaahoooo!!

Ngai : Hiyarrgghh akhirnyer sampai kat Kem 3 gak...err nih kem 3 ker??
Poji : kepala hangguk mu...Kem 3 jauh lagi nuh...
Ngai : errr mana kude tua oiii...takan daa terbabas ke depan kot…
Ezrin : tuhh...ader kat belakang…
Ngai : aicemenn...siannye abg aku...tau kat akak ipar aku kompem kene akta KDN nih…

Suasana di puncak batu nih buleh tahan la sejuk. Kalau nak tengok view kene panjat batu. Sejuk pon buleh tahan gak. Laparnyer Tuhan jer la tau...tapi ration kene catu sikit pasal schedule trip yang dah berubah. Catu-catu pon kenyang gak la time nih mengadap biskut cicah susu, milo panas dan jajan2. Banyak bende2 pelik dapat tengok kat sini. Rasa cam tak caya jer walaupon nak tak nak kene percaya gak. Antaranya ialah periuk kera gergasi + bantut, senduduk putih, tin susu, klcc, one utama, Ezrin, Poji, kude tua, batu stongkol, air embun bertakung kat lumut...aperdaasarkesss mau tau kalu, pegi la ikut trek Ulu Cheka nih ehehehe ;p

Treking di sambung semula pada jam 4:15p.m dan keadaan trek masih tak berubah...pacak naik...pacak turun...kalau ader chimm ikut skali nih mesti pedih telinga nak mendengar keluh resah mulut dia. Kederat yang tinggal saki baki nih diperah sehabis mungkin. Gila punye trek, braper banyak permatang dah main tapi Kem 3 tak jumpe-jumpe gak. On the way treking terjumpe 1 simpang 3. Dah jadik haru time nih...2 orang dah terlajak jauh ikut simpang lain. Terpaksa la berlari mengejar mereka-mereka itu...nasib baik la sempat kalau kompem keluar gua musang la korang ahahaha...rupa-rupanya simpang kiri trek tu adalah dari Kampung Orang Asli Damak. Kitorang hambik simpang kanan selepas Poji selesai menyetelkan arah bearing yang sebenar ke puncak Benom. Nasib baik la tak terbabas...kalo tak mau kene gelak la ngan kenkawan di KL yang sememangnye telah menyediakan ayat2 yang bisa untuk diterima oleh telinga nih...

Jam 4:45p.m tiba di kawasan berbatu...aiii ingatkan ikut trek lata berembun jer buleh jumpe batu-batuan yang cantik dan suci murni...ghupenye kalau ikut trek Ulu Cheka lagi banyakkk batu-batuan yang cantik. Siap ader kat 1 part tu kitorang terpaksa bermain tali untuk naik ke tebing curam. Pergghh!! mccam kat Gedung la plak...tak sangka the lost trek of Ulu Cheka nih unik dan penuh dengan cabaran. Sungguh adventure la kate omputih trek nih kalo nak dibandingkan dengan trek dari Lata Berembun...ehehe saiko jangan tak saiko beb ;p

Ngai : tchooomooottt...ermmm tcaaakkkk !!
Ezrin : binghaaiiiii...errmmm tcaakkkkk !! wooofff
Ngai : ok Ezrin ?
Ezrin : Wuuaaa...aku nak balikkkkk...dah tak rarat daahhh
Ngai : rirek la Ezrin...ko bayangkan muka hamlau 2 ekor tu...mesti berjaya sampai puncak punye

Pencarian Kem 3 akhirnya terjawap tepat jam 5:00p.m. Kelihatan campsite yang luas dibawah batu yang besar serta plet yang menamekan ianya adalah Kem 3. Kalau nak campsite kat sini dalam 20-25orang pon selesa. Keliling area nih saling tak ubah macam taman batu-batuan yang tersusun indah. Perkara utama yang kitorang buat kat sini adalah mencari water point. Seluruh taman batuan tuh dijelajah untuk menjejak sebarang aliran matair namun hampa. Yang jelas kelihatan adalah titisan air yang menitik dari lumut2 yang bergantungan di setiap blok batu. Dah satu keje nak menadah air nih...satu keje lagi nak menunggu / mengumpul air. Perjalanan ke puncak masih lagi berbaki 3km. Perjalanan yang seterusnya adalah untuk menempuh puncak 2000 meter, puncak anak Benom dan beberapa puncak tipu yang jelas tertera pada map. Bekalan air kami pada masa ini memang terhad. Ader laa beberapa peserta dah mencilok air kompeni untuk dijadikan bekalan air treking. Nak marah pon tak buleh pasal aku pon minum gak laa air tuh...ehehehe

Kitorang mula cargas bergerak dari Kem 3 jam 5:30p.m lepas melepak tak tentu pasal. Ala kalau gerak awal pon gerenti buleh kejar geng kat depan...korang tau apesal? salaahh...bukan sebab kitorang power laa...sebab itu kude tua dengar cerita suda mau terbakar lampu kat dada dia. Anytime buleh meletup kat tengah trek. Bila dah meletup memang kompem stop kat tengah trek laa. Lagipon matahari dah nak dekat terbenam so lumrah seorang otromen yang akan tamat perkhidmatan untuk pulang bersama sang matahari. Musti korang tak paham ek ? Incciikkk...itu kude tua kalo suda gelap memang kompem stop bukak campsite laa ehehe. Sebelum kitorang bergerak tu sempat la gak bentang plastic buat kolam buatan untuk menadah air yang menitik tuh. Untung2 besok masa nak turun buleh la tapau air sikit untuk buat treking. Tak lama lepas melayan saiko trek pacak maka seperti yang diduga terjumpe la geng kat depan...aku dah kate tapi korang tak caya...

Ngai : Mat Wea...lu nampak tak aper yang wa nampak ?
Mat Wea : Wa nampak...tapi wa buat derk jer...dah tau dah aper nak jadi pasni...
Kude Tua : Abis laa...matahari dah nak tenggelam...otromen dah nak bute mate...nasib la korang

Schedule kitorang berubah lagi dari target nak bermalam di puncak ke puncak anak Benom disebabkan stamina abg aku yang dah berkurangan. Maklum laa warga mas abg aku nih...umo dah 49 taun tapi masih gagah memikul beg 100L (gagah2 taim siang jer laa…malam2 fail!! ehehe)...tak tahan sejuk katenyer. Tiba di satu trek permatang yang amat panjang punye pacak...kompem abg aku dah out of service. Planing nak bermalam di puncak anak Benom ditukar ke puncak aper-aper jer la yang jumpe kat atas tuh. Kitorang bukak 1 campsite di pertengahan trek (puncak permatang) tambahan pula kedengaran kilat sabung menyabung nun kat atas puncak sana. Better gak kat sini pasal menurut kude tua area banjaran Benom nih memang buleh tahan kilatnyer. Awan dari selat melaka bertembung dengan awan laut china selatan, dorang tak ngam...tuh yang kilat memancar2 tuh...kekiranyer dorang tengah bertelagah la tuh kot...abg aku kate laa...kalau dia kencing aku...maka aku kencing la korang balik...keh keh keh….

Bermalam di puncak permatang...buleh tahan gak sejuk dia (orang lain kate laa...aku biasa jer ;p). Bekalan air terhad akibat penyalahgunaan ketika treking. Kira2 ader lebeh kurang 10 liter untuk kegunaan 8 orang termasuk untuk breakfast pagi besok. Huuu mintak2 la hujan malam nih. Menu yang dicatu pon macam tak dicatu pon. Ader daging masak kicap, sayur campur, cendawan masak ketam dan lenlain. Kira sedap gak la walaupon bukan aku yang masak...diakui la kepakaran Ezrin + Poji dalam hal masak memasak nih. Bak kate orang hujan mas di tempat orang...kat tempat kitorang langsung tak hujan plak malam tuh...kalau ader pon rintik-rintik jer. Kompem tak buleh tadah air...tawakkal jer laa. Seperti biasa dalam mana2 trip port tido aku adalah kat bahagian dapur a.k.a jaga pintu flysheet...wooo mentang laa aku spesis yang tahan sejuk, korang taruk kat pintu fly aaaa...sampai ati korang. Ehem...seperti Kem 2, tido malamku pada ketika itu adalah tidak nyenyak. Asik teringat orang nak jelir lidah kat aku jer...ehehe ;p


Chapter 4 (Tuesday-Day 5)

Ezrin : binghaaiiiii.…errmmm tcaakkkkk!! wooofff…
Ngai : tchooomooottt.…ermmm tcaaakkkk!!
Ezrin : apesal muke ko tak klasik cam Ramlie ?
Ngai : Ramlie baru balik operation mate laa...nih sume penyengat semalam punye pasal laaa...

Seluruh troops dikejutkan jam 6:30a.m setelah terdengar Mat Wea memekak pasal dapat tengok sunrise lawa. Takde la lawa mana pon...gempak jer lebeh dorang nih...ini gunung mana ader view lawa tapi trek jer laa yang adventure (kalau ikut Ulu Cheka laa...ehehe ;p). 7:30a.m kami memulakan misi untuk menawan puncak Benom. Di kala ini kepala dah tak ingat apa pasal mengantuk sebenarnyer. Maklum la tido malam tadi tak berapa selesa. Asik terjaga dari lena yang tak panjang. Misteri sungguh rasanya. 5 minit selepas campsite, kami dikejutkan oleh...jeng jeng jeng...saspen ke idak? tak saspen tamau citer laa...ok ok aku cite laa...jeng jeng jeng...ader sumber air bertakung. Kiranya kolam mini laa...cukuplah untuk 10-15 orang kot. Dan lebeh saspen lagi...jeng jeng jeng……

Taman bonsai yang sungguh indah. Tersusun rapi macam ader penjaga yang memastikan kebersihan kawasan ni. Dikelilingi oleh tebing yang curam. Sila ambil perhatian bahawa kawasan ini buleh dilihat seandainya anda menggunakan trek Ulu Cheka ehek ;p. Rasa hepi tak terkira pasal target next stop lepas nih for sure adalah puncak Benom. 10 minit dari taman bonsai tersebut maka sampai la kat puncak. Yaahooo...kitorang kene tipu lagi. Melalui map area puncak yang kitorang tertipu nih adalah puncak 2000 meter. Terdapat 2 simpang iaitu ke kiri adalah puncak 2000 meter dan ke kanan adalah menuju puncak Benom. Camner kitorang tau? Tengok map laa doolll...

Sayup-sayup kelihatan dari puncak 2000 meter puncak Benom. Maka hayunan kaki pon dipercepatkan untuk tiba segera dan meraikan kejayaan kitorang. Tuh diaaa...naik turun permatang yang amat mental dirasakan walaupon hanya membawa daypack. Untuk membayangkan kesengsaraan kitorang bayangkan dari Kem Tongkat Ali (CUS) ke puncak Chamah terdapat 7 puncak tipu yang perlu diharungi. 7 puncak tipu tersebut amatlah mental sekali. Bayangkan dari Kem 2 ke puncak Benom, bukan kate ader 7 puncak tipu...tapi ader 7 X 7 puncak tipu yang 3 kali lebeh mental dari mental ke puncak Chamah. Seriuss...tak tipu nih !! Turun naik turun naik sampai dah naik fedup la kitorang melayan. Rasa cam nak kensel trip nih pasal dah 4 hari berjalan pon tak jumpe-jumpe lagi puncak Benom. 8:30a.m kami tiba di puncak anak Benom. Walauweeeyy...tension tak usah cite la time nih.

Walaupon dalam jiwa terseksa melayan trek namun rasa gembira dan damai dek kerana sejuk mata memandang akan keadaan trek yang sungguh cantik bagai ader penjaga yang memastikan keindahan permaidani lumut di setiap pokok dan laluan. Bagai taman yang tiada cas bayaran untuk memuaskan hati para pendaki. Alangkah bagusnyer jikalau setiap trek gunung menyerupai permandangan sebegini. Sedih pilu melanda halaman hati kerana ianya hanya berada di sini...trek Benom via Ulu Cheka…

Kami berjaya tiba di puncak Benom jam 9:20a.m setelah berjaya terbabas ke trek Lata Berembun akibat pening dengan gambaran sebenar trek. Info kenkawan yang mengatakan terdapat plet kuning maka puncak adalah tidak jauh daripada situ. Masalah yang kitaorang hadapi kat sini daripada puncak 2000 meter nak ke puncak Benom ader 3-4 plet kuning. Mungkin ini adalah strategi mereka-mereka untuk memastikan trip MALAS ini gagal....mimpi la korang...aku sampai puncak oiii….bukan ikut Lata Berembun tapi ikut Ulu Cheka....yeeaahhaaaa....ehh silap......yaahoooooo!!

Ngai : yaahoooo!! cintailah gunung kita!!
Ezrin : ;(
Ngai : tchooomooottt...ermmm tcaaakkkk!!
Ezrin : Huaaaa...aku penatttttt….tanakkk laa naikk Benom nih laggikk ;(
Ngai : Cehhh...dah sampai pon nak komplen lagik ke?

Setelah bergambar lebih kurang dengan semua barang peribadi milik ahli Kelab Jiwa Luka maka berdoyon-doyon la kitorang turun. Jam menunjukkan pukul 10:10a.m. Harus kembali segera ke campsite untuk bergegas turun keluar. Kitorang nekad untuk terus keluar ke Kampung Tengah. Misi telah berjaya, apa lagi nak buat dok lelama dalam hutan nih. AF3 dah memanggil kat umah, ehem-ehem dah merindu sesangat, bos urgent nak pakai seketeri, customer dah menunggu untuk repair komputer, tokey kedai dah bising suruh bikin wiring...balik laa oiii !!

Tiba di campsite jam 11:25a.m...perut terasa lapar minta untuk diisi. Belen nasik malam tadi masih banyak (tuh tanda-tanda chef malam tadi masak tak sedap la tuh...ahaks!) Apalagi bikin nasik goreng laa. Supply air dah ader so untuk meraikan kemenangan kami, air sirap bandung jadi pujaan. Air lopak pon bedal jer laa...bukan mati pon kalau minum. Darurat la katekan. Dikala ini para peserta sibuk meng'sms' kengkawan di KL mengumumkan kejayaan menawan puncak Benom melalui Ulu Cheka. Kompem jeles la dorang nih...ehehe ;p Ader yang sempat melelapkan mata seketika (sapa lagi...aku la tuh). Letih la dolll...tak cukop tido...dengan mate bengkak dek penyengat semalam...demam lagi...korang ingat aku suke-suki ke nak tido kat campsite? blaa la korang...asik pikir negative jer pasal aku ;(

Abg Balm : Lawa orkid tuh bang...ader anak pokok tuh...nanti sampai bawah buleh la pow…
Kude Tua : Woo tidakkk...turun sama-sama...yang memikulnya aku gak...banyak cantik ko…
Abg Dangdut : Ala bang ngah...jangan la berkira...nanti pokok tu suruh bawak dia balik sini baru tau...
Kude Tua : Tak kisah laa...bawak sini ke...Kampung orang asli ke...ko nak pokok nih ko bawak laa...”Pulangggkan laa pokok orkid ku...Ooo hentikan laa bawak balikku...pulaaanggkan laa lalalaaa laalaa”
Ngai : eksen sungguh orang tua nih...

1:30p.m waktu yang dicatat oleh orang terakhir meninggalkan campsite iaitu aku, Poji dan Ezrin. Perjalanan nih banyak menurun dan menaik...sama jer tensennya cam semalam. Nasib baik la beg masing2 dah ringan. Masing2 berjanji untuk checkpoint di Kem 3 untuk memastikan tiada siapa yang tertinggal atau terbabas...maklum la trek tak clear sangat nak berjalan sensorang nih. Kami tiba di Kem 3 jam 3p.m...aiikk takde sorang pon menunggu...laju sungguh dorang nih...bisik ati aku laaa. Nih aku taip jer, kalo nak bisik mane buleh dengar la kat repot nih...dolll sungguh la korang nih. Usya kolam buatan yang aku buat semalam...ampeh sungguh. Kalau dikumpul air kat dalam tuh tak sampai pon setengah botol 1.5 liter. Nasib baik la tak menunggu air tuh penuh semalam.

Hari last nih rasa cam fedap jer dok belakang jadik sweeper nih. Yer laa nak kene ngikut jer budak yang turun. Kalau yang laju tuh kira puas ati la ikut...kalau kene jenis yang terhegeh-hegeh cam penagih, mat pet, Dr.agon, mat piau dan lenlain gelaran yang sesuai, rasa macam nak tendang-tendang jer....ehehehe ilek Ezrin....saje jer taip camnih. Pacak naik….pacak turun....rasa cam nak telefon pak mertua aku suh dia bawak bulldozer jer...ratakan sume bebukit jahat nih. Tapi tak jadik laa pasal kalau aku ratakan nanti orang lain tak buleh naik ikut trek nih lagi...kalau ader orang nak naik laa kan ehehe ;p.…apesal aku cukop eksen nih yek? ntah laa...aku puas ati kot!!

Perjalanan ke Kem 2 terasa macam lama sangat...sama jer cam pegi ari tuh...tapi yang besnye terjumpe banyak benda yang kitorang tak perasan masa nak naik ari tuh...kitorang jumpe tapir, lembu orang kampong, brader yang potong kayu getah ari tuh, brader Bear, kebun durian dan getah tidak dilupakan. Apedaasarkess...kalo nak tau naik Benom ikut Ulu Cheka laa...takkan aku nak citer kot mende2 yang kitorang jumpe...top sikret woo...kenangan sepanjang hayat. Kami tiba di kolam lopak tempat mengambil sebelum shoot ke puncak semalam. Kering kontang la plak. Semalam penuh gile air...agaknye nih la yang orang cite perigi ajaib tuh. Memang ajaib sungguh...nampak cam semalam tak penah ader air kat situ. Akhirnya last group sampai ke Kem 2 jam 6:30p.m.

Abg Dangdut : oiii ngaiii...mana abg ko nih...warga mas betul laa terhegeh2 jalan tak sampai2 lagi...
Ngai : aaaiikk...bukan dia jalan ngan korang ke tadi?
Abg Dangdut : mana ader...kitorang sprint turun...dia sprint tergolek manjang…
Ngai : aku daa agakkk daa...asik nyayi lagu Pulangkan laa tuh...kan ke elok nyanyi Geylang sipaku geylang mari la pulang tadi...
Ezrin : abeh laa...masuk suratkaba laa kes warga mas sesat kat hutan...

Dah satu hal la plak...mane pegi abg aku nih? Dah nak maghrib nih. Kang shoot terus turun kang baru padan muka aku dan dia. Dia tuh dah tentu la padan muka...nih aku sekali terbabit nak pegi mencari dia nanti. Jam dah pukul 7p.m batang idung dia pon tak nampak...apatah lagi batang pokok orkid yang dia bawak balik tuh. Sah kene campsite kat sini lagi la gamaknyer. Maka sibuk la kitorang pasang flysheet sementara nak menunggu kude tua tuh sampai...tuh pon kalau dia sampai laa. Kalau tak sampai, aku tunggu gak la kat flysheet...takde kejenye aku nak gie patah balik carik. Dia daa beso panjang, tau la balik jalan sendiri...ehehehe…

Sedang aku asyik ngan Poji bikin firewall...ehh bukan laa...campfire...tetibe terdengar bunyik orang melolong...sudaahh maghrib2 nih tetibe plak bunyik camnih. Dah laa sejak ari tuh aku rasa tak sedap ati start dari Kem 2...buat derk jer laa memule tuh. Pastu dengar lagi...nak kate seram tuh tak la pasal sore yang kedengaran tuh tak menakutkan langsung. Sah kude tua la nih...biasa laa kan taim2 camnih...lampu otromen dia daa nak blackout la tuh jerit mintak tolong rescue ahahahaha...so aku ngan Poji pon sepakat la turun pegi rescue. Dekat 15 minit gak la berjalan baru terjumpe abg aku dok melepak tengah trek. Beg dia dah siap parking kat sebelah. Kompem laa nak suruh aku pikul laa tuh. So kesimpulannya kitorang jumpe dia lebeh kurang pukul 7:15p.m, memang kuasa otromen auta dia dah kering...kene extend lagi satu hari...dan bertambah pening la bebudak nih nak anta mesej kat bos memasing mintak excuse sambung cuti lagi.

Malam yang buhsan...takde aper yang menarik untuk dibuat. Nak masak, ration pon tinggal ala kadir jer...cukop setakat nak makan malam nih tapi kene catu laa. Nasib la lauk banyak lagi, ader serunding, telur, ikan masin, pizza hut, karipap, mi sop dan juga ayam golek...sori la, tangan aku gatal nak menaip panjang2 so aku tokok tambah la mane2 yang aku rasa terkurang tuh ehehe. Kude tua dari sejak rescue tadi terus bergelimpangan dalam sleeping beg yang penuh dengan corak kartun. Sah rembat anak dia punye la tuh...hape punye abah laa. Tak buleh buat contoh langsung. Abeh jer makan, untuk menghilangkan rasa buhsan maka pakat la ramai2 duduk keliling unggun api. Ngutuk mane yang buleh. Sampai masa tetibe rasa ngantuk plak...apalagi masuk fly laa membute. Kali nih aku tido kat tengah2 fly...tak sanggup aku nak tido ayam di kala perasaan tak stabil nih. Cukop laa 2 malam sebelom ni aku main jelir2 lidah ;p...


Chapter 5 (Wednesday-Day 6)

Pepagi bute cam biasa laa...ader ayam tua berkokok. Rasa cam nak baling / sumbat jer mulut ayam tu dengan tong gas kosong. Hari nih rasa hepi pasal nak keluar hutan.…yeaa yeaa. Breakfast pagi nih semalam dah siap...menu bubur asyura...ntah apa rasa pon aku tatau. Macam2 bende ader dalam tu dari ikan masin, kentang sampai la kerak2 nasi belen semalam. Tau kat mak aku nih kompem takdenye kasik aku masuk utan lagi. Belasah jer la asal kenyang. Packing pon laju jer pagi nih tak macam pagi2 sebelom nih. Agaknye sebab badan rasa tak selesa kot dan rasa cam nak cepat2 turun carik air pasal pagi nih aku ber** 2 kali tapi dek sebab air limited, aku main selet jer laa...eiii pengotor betul la aku nih!!

Kude Tua : yaa anak-anak sekalian...sudah ka korang kasitau bos korang yang korang ter'extend' lagi 1 hari dalam hutan nih?
Abg Dangdut : belom la abg ngah...takde idea nih...ari tuh daa kasik tau tersesat dalam hutan...takkan ari nih nak kasik tau lagi kot...
Kude Tua : takpee...korang kasik tau la kat bos korang ader sorang orang tua nih, tua kutuk tak sedar diri...masuk hutan nyusahkan para peserta...jalan terhegeh2 pastu tersesat plak tu...
Ezrin : eeiiiii...sanggupnye membahan diri sendiri

Permulaan perjalanan jam 9:30a.m, kami disambut dengan rasa bengang. Mana idaknyer baru start treking dah terbabas masuk simpang lain. Antu betul laa...sapa laa yang dok belakang ari tuh bikin marking trek nih. Abis dengan trek yang salah pon dia bikin marking skali...sarkess betul ! Bebudak yang dok depan aku tengok makin laju berjalan...tak sabar nak gi cuci erk erk la tuh cam aku...ingatkan aku surang jer yang tak senonoh ehehe...bebudak belakang plak melayan step kude tua la. Slow and steady. Trek macam biasa laa, turun mencanak.

Kami tiba di campsite air terjun pada pukul 12:15p.m. Apalagiii...layan berdebusss laaa. Membersihkan diri daripada segala kekotoran. Ezrin yang dah 4 hari tak mandi baunye sungguh masyam sekali. Tak lalu aku nak dok sbelah dia. Kira sesi ni mengabiskan segala apa yang ader kat dalam beg tuh. Bagi kosong kaw2 punye. 1:30p.m kitorang sambung jalan balik dan tiba di Kem 1 5 minit selepas tu. Clearkan sampah yang ditinggalkan hari tu...make sure tempat tu bersih seperti masa kitorang sampai ari tuh. Yer laa...mana tau kot2 ader team lain nak naik lagi pasnih kan...so pastikan la kite mencintai alam semulajadi kite nih….yaahoooo!!!
On the way balik daripada Kem 1 tuh kitorang gunakan bekas jalan balak yang sedia ader. Masa naik hari tu belasah jalan hutan. Ntah bila masa ader jalan balak nih tatau la plak...dorang main nyorok2 kot time masuk ari tuh. Macam yang aku cite sebelom nih, perjalanan keluar nih kalau buleh aku nak sapu sume pokok tongkat ali yang berkeliaran kat tengah trek tuh. Biasaaaa tuh tumbuh kat tengah2 jalan...kalau nak tumbuh pegi la kat tepi2 trek sikit...ehehe...ader la dekat 5-6 pokok slamat dicabut. Cukop la buat stok 3-4 bulan.

Hoyeaaa....dah sampai kebun getah !! 2 jam masa diambil dari last checkpoint kitorang bergerak tadi. Punye la laju turun...apesal taim naik ari tuh tak laju camnih? Dipendekkan cerita kitorang sampai kat Pusat Komuniti Dusun Kalong, Kampung Tengah pukul 4:45p.m. Dipendekkan lagi kitorang mandi buat kali yang terakhir xpdc nih dah keluar dari Kampung Tengah jam 5:30p.m. Pendekkan lagi...dah laa tuhhh...takkan cite kitorang balik pon korang nak tau?

Conclusion :
Sesudah habis Ops MALAS Searching the Lost Track of Benom (via Ulu Cheka, Jerantut) baru la aku tau apesal team lain susah sangat nak menyusuri laluan nih ke puncak Benom. Jawapannya kalau aku jadik guide trail nih pon memang aku akan buat cemaner yang brader Bear tuh buat. Bikin eco-dusun punye treking la aku bawak bebudak yang nak naik Benom nih. Putar / kencing selagi buleh. Daripada 8 orang yang berjaya ke puncak nih, 8-8 menggeleng kepala. Poji Using yang terkenal dengan super power gaban dia treking pon buleh kuar statement akan consider untuk naik ikut trek nih selepas 5 tahun untuk menghilangkan fobianya. Cik Omar kite yang otai nih pon kate cukop la sekali dia naik ikut trek nih. Ezrin yang laju time treking naik Merapoh-Tahan-Kuala pon sanggup naik Kuala-Tahan-Kuala 7 kali ulang alik daripada mengadap trek nih. Kude tua yang ader gen-gen otromen tuh pon kali nih tah apesal buleh out plak....siap terbabas lagik tuh. Aku yang M.A.L.A.S sememangnye laa akan berkate…..tobaattt tamau naik ikut trek nih lagi!!!

   
 


Blog EntryJul 14, '05 1:10 AM
for everyone
 
Nama Gunung : Gunung Bubu

Tinggi : 1568 m / 5437 kaki

Lokasi : Hutan Lipur Ulu Kenas, Kuala Kangsar.

 * Tentatif Program:-

 July 29th 2005

7.45mlm : Berkumpul di Puduraya

9.00mlm : Bas bertolak ke Kuala Kangsar

Day 1
8.00 pg : Bermula dari kem Biro Tatanegara menuju ke Checkpoint Sg Gading
9.30 pg : Tiba di Sg Gading dan menyeberanginya
2.30 ptg : Tiba di Ulu Sg Gading peserta akan berehat seketika sebelum menuju ke last water point

3.00 ptg : Mula mendaki ke puncak Bubu
3.20 ptg : Last Water Point (Bawa air untuk bermalam di puncak)
6.30 ptg : Tiba dipuncak Bubu
7.00 ptg : Bergerak ke Campsite (5 minit dari puncak)

 Day 2
10.00 pg : Turun ker Ulu Sg Gading
12.00 tgh : Makan tengahari di Ulu Sg Gading
1.00 ptg : Bergerak ke Sg Gading
2.00 ptg : Sg Gading
3.00 ptg : Tiba di Ulu Kenas
4.00 ptg : Naik van ke Kuala Kangsar (Bersurai)

Tarikh Tutup Pendaftaran  :  25th  July 2005

Berminat ?                         :  Nydzam at 012 6679 338

                                             

Hutan Lipur Ulu Kenas  terletak dalam Hutan Simpan Bubu yang mempunyai jenis Hutan Dipterokarp Bukit. Ianya sangat terkenal di kalangan penduduk tempatan sebagai destinasi berehat dan berkelah dihujung minggu. Sebatang sungai yang sederhana besar (Sungai Kenas) mengalir di kawasan ini. Air sungai yang bersih dengan jeram-jeram kecil dan kolam-kolam semulajadi sangat sesuai untuk mandi-manda.

Terdapat banyak pokok-pokok keruing neram (Dipterocarpus oblongifolia) yang tumbuh di dua-dua belah tebing sungai telah mengwujudkan satu panorama sungai yang sangat indah dan menarik.  Sebuah jambatan gantung telah dibina merentangi sungai ini untuk kemudahan pengunjung. Berbagai kemudahan telah disediakan seperti pondok rehat, chalet, tapak perkhemahan, dewan terbuka, gerai makanan dan lain-lain lagi.

Terletak 15 km dari Bandar Kuala Kangsar melalui Jalanraya Kuala Kangsar ke Manong, 45 km dari Bandaraya Ipoh.

Bagi yang inginkan lebih cabaran pengunjung-pengunjung boleh mendaki Gunung Bubu (ketinggian 1,657 meter a.s.l.). Di sepanjang pendakian anda tentu tertarik dengan kepelbagaian flora dan fauna yang terdapat dihutan ini.

Untuk sampai ke hutan lipur ini pengunjung boleh menggunakan kenderaan sendiri atau teksi dari Bandar Kuala Kangsar.

 

 

 

 

 


Blog EntryMay 23, '05 8:57 PM
for everyone

Jemputan M.A.L.A.S Hijack Benom (via Trek Lagenda

‘Jiwa Luka’ Ulu Cheka, Jerantut – Pahang)

 

Pengenalan

Gunung Benom dengan ketinggian 2107 meter @ 6913 kaki

adalah merupakan puncak kesembilan yang tertinggi di

semenanjung Malaysia. Terletak di kawasan Taman

Hidupan Liar Krau, merupakan kawasan perlindungan

kedua terpenting selepas Taman Negara Pahang meliputi

520 kilometer persegi.

 

Modus Operasi

Melengkapkan/menamatkan koleksi gunung G7-11 iaitu

menawan puncak yang melebihi ketinggian 2000 meter.

Pihak penganjur akan mengadakan ekspedisi ini pada 21

hingga 23 May 2005 bersempena dengan cuti Wesak. Kos

untuk aktiviti ini dianggarkan diantara RM30-RM60

merangkumi kos guide / ration. Pengangkutan pula

adalah terpulang pada individu masing-masing untuk

tiba di Kampung Tengah samada melalui kenderaan

sendiri ataupun pengangkutan awam. Perkara ini boleh

dibincangkan sesama kita kemudian.

 

Bagaimana Untuk Kesana

Pada masa ini terdapat laluan kebiasaan yang sering

digunakan oleh para pendaki iaitu melalui Air Terjun

Lata Berembun (via Raub). Namun untuk ekspedisi kali

ini, pihak pengajur telah memilih untuk menggunakan

trek lama melalui sempadan Taman Hidupan Liar Krau via

Kampung Ulu Cheka. Para peserta akan bermula dari

Jerantut, masuk menggunakan kenderaan ke Kampung Damak

(25km), seterusnya ke Kampung Ulu Cheka (7km-jalan

berturap) dan seterusnya ke Kampung Tengah (2km-jalan

tanah merah). Ekspedisi ini tidak memerlukan sebarang

penggunaan pacuan 4 roda. Kampung Tengah adalah

merupakan tempat permulaan untuk memasuki laluan ke

Gunung Benom.

Tentatif Perjalanan

Hari Pertama : -

Kampung Tengah ke Trek Utama

Jarak : 1.5km

Masa : 1 jam (mendaki/menurun)

Fizikal trek : terdedah pada jalan tanah merah melalui

ladang pertanian

 

Trek Utama ke Kem 1

Jarak : 3.5km

Masa : 4 jam (mendaki) ~ 2 ½ jam (menurun)

Fizikal Trek : Hutan tropika tanah rendah, melintasi

beberapa sungai, trek biasa ke pacak tahap sederhana,

lecak dan licin ketika hujan.

Kem 1 ke Kem 2 (campsite)

Jarak : 3.5km

Masa : 5-6 jam (mendaki) ~ 3 jam (menurun)

Fizikal Trek : Perubahan hutan tropika tanah rendah ke

hutan tanah tinggi, melintasi beberapa sungai selepas

kem 1, trek pacak tahap sederhana, trek mungkin

bersemak (akibat jarang digunakan) memerlukan

penggunaan parang untuk menebas.

Hari Kedua : -

Kem 2 ke Kem 3

Jarak : 4km

Masa : 5-6 jam (mendaki) ~ 3 jam (menurun)

Fizikal trek : Perubahan hutan tanah tinggi ke hutan

gunung, trek pacak tahap sederhana, , trek mungkin

bersemak (akibat jarang digunakan) memerlukan

penggunaan parang untuk menebas.

*perhatian : trek sempit dengan laluan curam

berhampiran kem 3, punca air terakhir selepas kem 2

Kem 3 ke Puncak Benom (campsite)

Jarak : 4km

Masa : 4-5 jam (mendaki tanpa beg) ~ 3 jam (menurun

tanpa beg)

Fizikal trek : Hutan Gunung dengan keadaan trek yang

pacak tahap sederhana, , trek mungkin bersemak (akibat

jarang digunakan) memerlukan penggunaan parang untuk

menebas.

 

Hari Ketiga : -

Puncak Benom ke Kampung Tengah

Jarak : 16.5km

Masa : 10-12 jam (mendaki/menurun)

Fizikal trek : Seperti yang dinyatakan diatas

*perhatian : sila pastikan lutut adalah didalam

keadaan yang baik.

*tertakluk kepada sebarang perubahan keadaan dan

jadual

 

Penyertaan

Pada sesiapa yang berminat untuk menyertai ekspedisi

ini adalah dinasihatkan untuk ‘booking’ tempat kerana

pihak penganjur hanya menyediakan kekosongan yang

terhad dan akan mengamalkan dasar ‘siapa cepat dia

dapat’. Untuk keterangan lanjut sila emel penganjur di

alamat yi_ren@yahoo.com ataupun menghubungi melalui

talian 012-3761550 / 013-3077149 (attn. BiNGai @

Nizam). Pada sesiapa yang mempunyai alat GPS adalah

dialu-alukan untuk membawanya kerana kami mempunyai

data koordinat laluan ke puncak dan mungkin boleh

membantu dalam usaha untuk menawan puncak Benom

melalui trek Lagenda ‘Jiwa Luka’ ini.

 

1. biNGai

2. Kuda Tua @ En. Shahrizan

 

 

* ihsan plagiat dan ucapan terima kasih buat Mr. Eric

Tan – Singapore Climber



Blog EntryMay 8, '05 8:40 PM
for everyone

Tajuk Jurnal : MENYINGKAP RAHSIA ALAM DI TAMAN    RIMBA KENONG

 

Mukaddimah

  Eksplorasi ke Taman Rimba Kenong ini adalah sebuah program anjuran bersama Dklpacat Adv.Team dan Outdoor & Recreational Group Association of KLIA . Ahli eksplorasi seramai 14 orang ini diketuai oleh Maz dan di sertai oleh Nejam, Syuk, Jebatz, EG, Amir, Sham, Shahrul, Hamdi, Azma, Slyde, Shikin, Lyana dan penulis sendiri. Ikuti catatan perjalanan penulis yang meredah taman rimba ini bagi mengungkai rahsia alam yang penuh dengan keunikan, ketakjuban, keindahan dan nilai-nilai sejarah ini. 

 

 

Antara Sejarah Dan Keindahan

  

Umum mengetahui bahawa Kota A’Famosa dan Dutch Fort pernah menjadi kubu pertahanan Portugis dan Belanda semasa menakluki Tanah Melayu suatu ketika dahulu. Tetapi tidak ramai yang menyedari tentang kewujudan struktur-struktur fizikal muka bumi yang menjadi kubu-kubu pertahanan pejuang-pejuang kemerdekaan ketika menentang kuasa-kuasa penjajahan asing itu. Tok Bahaman misalannya, ketika peristiwa pemberontakan menentang Residen Inggeris Sir Hugh Clifford yang bermula di Semantan, Pahang sekitar tahun 1891-1895, turut mempunyai kubu-kubu pertahanannya yang unik.

 

Ketika pasukan pejuang kemerdekaannya mara ke Kuala Lipis, Tok Bahaman telah berkubu di kawasan-kawasan gua batu kapur yang terdapat di Kenong. Sungai Kenong yang mengalir ke Sungai Jelai merupakan satu-satunya jalan utama ketika itu yang menghubungkan laluan hingga ke Sungai Tembeling. Kenong seterusnya menjadi kawasan kubu pertahanan dan laluan pasukan pahlawan Tok Bahaman pada zaman perjuangannya ketika itu. Di situlah askar-askar penjajah bermandi darah ketika cuba mematahkan semangat kecintaan perwira tempatan yang bermati-matian mempertahankan maruah bangsa di buminya sendiri.

 

Masa yang berlalu telah meninggalkan sejarah itu untuk dikenang anak bangsanya. Kini, Kenong telah diwartakan sebagai sebuah taman rimba dan merupakan salah satu daripada hutan-hutan lipur yang telah dibangunkan oleh Jabatan Perhutanan Negeri Pahang melalui Pejabat Hutan Daerah Lipis sejak tahun 1988. Keseluruhan kawasan hutan dari jenis Dipterokarp ini berkeluasan 12,021.45 hektar di mana ianya meliputi Hutan Simpan Kekal Yong dan Hutan Simpan Yong Tambahan. Ia merupakan kawasan rekreasi semulajadi yang menarik dimana ianya terdiri daripada gabungan rangkaian gua-gua batu kapur seperti Gua Buta, Gua Batu Tangga, Gua Telahup, Gua Harimau, Gua Hijau dan Gua Batu Tangkup yang unik. Di samping dihuni oleh jutaan spesis, terdapat juga air terjun Lata Tujuh dan sungai-sungai yang menarik di dalam kawasan taman rimba ini yang turut menjadi tarikan kepada para pengunjung.

 

Perjalanan Penuh Cabaran

 

Penulis sebagai wakil Team Libur yang telah dijemput oleh kedua-dua pertubuhan rekreasi ini berkesempatan mengikuti satu eksplorasi yang dianjurkan mereka ke Taman Rimba Kenong  pada 1 April 2005 yang lalu. Perjalanan dari Kuala Lumpur bermula dari Stesen KL Sentral dengan menggunakan perkhidmatan Keretapi Tanah Melayu (KTM). Tren Ekspres Wau bertolak tepat jam 8 malam dan tiba di stesen Lipis pada jam 4 pagi keesokannya. Ternyata dari segi mutu dan kualiti perkhidmatan keretapi yang diuruskan oleh KTM adalah amat baik sekali masakini.

 

Ketika di Stesen Lipis, rombongan eksplorasi seramai 14 orang ini termasuk penulis menghabiskan masa awal pagi itu untuk berehat sambil berkenal mesra sesama sendiri. Selepas menunaikan beberapa persediaan perlu, penulis bersama peserta yang lain bergegas meninggalkan stesen keretapi pada jam 7 pagi. Ketika menikmati sarapan pagi di gerai berhampiran, pemandu arah yang akan membawa rombongan itu telah sedia menanti di situ. Beliau yang membahasakan dirinya sebagai Abang Akmar itu amat peramah dan petah menceritakan setiap perkara tentang tempat yang akan ditujui.

 

Setelah bersarapan, perjalanan diteruskan sehingga tiba di Jeti Sungai Jelai yang terletak kira-kira 300m dari stesen keretapi. Sungai ini terhasil dari gabungan pertemuan Sungai Jelai Kecil dan Sungai Telum sebelum bertemu dengan Sungai Tanum lalu membentuk Sungai Jelai Arus sungai ini akan bertemu pula dengan Sungai Kenong dan Sungai Tembeling lalu membentuk Sungai Pahang yang berakhir di Pekan. Setelah menunggu hampir setengah jam, bot yang akan membawa rombongan pun tiba. Apabila selesai kerja-kerja pemunggahan beg-beg ke dalam bot, penulis mula meninggalkan jeti tepat jam 9 pagi.      

 

Puin-puin batuan tonggol, kelikir, pasir, tanah liat, lumpur dan lanar merupakan muatan di dalam aliran Sungai Jelai. Selain aktiviti manusia, penulis percaya proses pembentukan semulajadi akibat tindakan geomorfologi seperti hakisan, luluhawa dan gerakan jisim disepanjang aliran sungai turut menyumbang kepada pembentukan struktur tersebut. Kadangkala, bot yang dinaiki penulis terpaksa diperlahankan bagi mengelak halangan-halangan yang sedia menunggu ini. Melihatkan cara pengendalian bot tersebut, penulis pasti pemandunya mempunyai pengalaman yang tinggi dan mendalam tentang sungai tersebut.

 

Setelah hampir sejam perjalanan, akhirnya bot yang dinaiki penulis membelok ke Sungai Kenong. Ternyata aliran air Sungai Kenong yang amat jernih itu terus melupakan keletihan dan khayalan penulis sejak tadi. Kejernihannya seakan memberi identiti pertama kepada keindahan alam semulajadi yang masih tersimpan untuk ditatap di Taman Rimba Kenong. Sejurus kemudian, bot yang di naiki tiba di Jeti Tanjung Kiara dan rombongan eksplorasi bersama penulis mempersiapkan segala kelengkapan yang perlu. Terdapat kemudahan tandas yang sempurna serta papantanda informasi di jeti tersebut yang turut disediakan kepada para pengunjung.

 

Bermulanya Sayembara Alam

 

Perjalanan memasuki Taman Rimba Kenong pun bermula. Hampir sepuluh minit berjalan, penulis dan rombongan eksplorasi tiba di Kampung Dusun lalu singgah di rumah Abang Akmar yang juga merupakan penduduk di situ turun-temurun. Kampung Dusun adalah satu-satunya kampung yang terletak di dalam kawasan Taman Rimba Kenong. Persiapan terakhir dilakukan sebelum meneruskan perjalanan. Setelah selesai, perjalanan diteruskan dengan menyusuri kawasan perkampungan di situ. Penduduk yang ternyata amat peramah itu, dilihat mulai sibuk.dengan kegiatan harian mereka di situ.

 

Selepas itu, bermulalah perjalanan memasuki kawasan hutan. Di dalam perjalanan, penulis melintasi simpang yang memasuki ke kawasan pemerhatian burung. Perjalanan diteruskan dengan banyak melintasi titi-titi kayu dan jambatan gantung. Ada rasa yang gementar ketika terpaksa meniti batang kayu yang dirintangkan bagi menyambung laluan. Apapun perjalanan terpaksa diteruskan. Dalam masa yang sama, penulis mula membayangkan tentang rintangan-rintangan lain yang bakal ditempuhi selepas itu.

 

Hampir satu setengah jam berjalan, di dalam pukul 12:10 tengahari, penulis dan rombongan eksplorasi pun tiba di kawasan struktur gua yang pertama iaitu Gua Batu Tangga. Menurut Abang Akmar, gua ini dahulunya adalah bekas kubu Tok Bahaman yang terhampir dari Sungai Kenong. Memasuki gua ini membuatkan penulis pasti bahawa keseluruhan struktur di dalamnya sememangnya praktikal sebagai sebuah kubu. Gua ini dipercayai mendapat namanya disebabkan bentuk struktur batu-kapur di dalamnya yang bertingkat-tingkat.

 

Perjalanan diteruskan menuju ke Gua Batu Tangkup yang terletak pada jarak masa 10 minit dari Gua Batu Tangga. Gua ini juga mendapat namanya disebabkan struktur fizikal batu kapur yang telah melalui proses luluhawa semulajadinya tersendiri. Selepas itu, eksplorasi diteruskan ke Gua Batu Telahup.Terdapat beberapa formasi menarik stalaktit dan stalagmit serta ada antaranya yang telah membentuk tiang kalsit. Apa yang lebih menarik lagi ialah terdapatnya dua formasi stalagmit yang seolah-olah berpasangan dan berjauhan dari struktur batu kapur yang lain.

 

Ketika meneruskan lagi perjalanan yang seterusnya, penulis dan rombongan eksplorasi melintasi sebuah kawasan hutan yang telah dibangunkan. Kemudahan prasarana seperti chalet, tandas dan surau telah didirikan untuk memberi kemudahan dan keselesaan kepada pengunjung. Di samping itu, kemudahan sokongan seperti laluan trek hutan, tapak perkhemahan  dan denai interpretasi juga disediakan di sini. Tetapi, untuk lebih merasai nikmat suasana alam semulajadi, penulis dan rombongan eksplorasi memilih untuk berkhemah dan bermalam di tepi Sungai Kenong kira-kira 500 meter dari situ.     

 

Selepas membersihkan tapak perkhemahan dan melakukan persediaan perlu, perjalanan diteruskan lagi tepat jam 4 petang. Lokasi yang ditujui seterusnya ialah Gua Harimau. Apabila memasuki gua yang berlantaikan guano itu, penulis amat terpegun melihatkan formasi-formasi batu kapur yang terdapat di dalamnya. Sememangnya stalagmit yang membentuk kaki dan stalaktit yang membentuk kepala seekor harimau boleh dilihat dengan jelas . Terdapat juga lubang-lubang kecil yang boleh memuatkan manusia melauinya. Dikatakan  selain sebagai kubu, gua ini juga pernah dijadikan tempat latihan bagi pejuang-pejuang pimpinan Tok Bahaman dulu.

 

Kira-kira 20 minit kemudian, penulis tiba di sebuah lagi gua                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                        yang mempunyai pemandangan yang amat indah sekali dari luar. Sebelum memasuki gua tersebut, penulis terpaksa melintasi 2 buah jambatan gantung yang melintangi sungai disekelilingnya. Memasuki Gua Hijau ini membuatkan penulis lebih terpegun dengan struktur dalamannya yang luas dan berlorong-lorong serta corak batu kapurnya yang begitu artistik. Dindingnya yang berwarna hijau dipercayai menjadi punca gua ini mendapat namanya. Dikatakan juga oleh pemandu arah bahawa gua ini adalah antara kubu Tok Bahaman yang paling kebal sekali ketika zaman perjuangannya dulu.

 

Di dalam perjalanan pulang ke tapak perkhemahan, penulis dan rombongan eksplorasi sempat singgah ke Gua Gajah. Struktur fizikal batu-kapurnya yang seakan-akan membentuk telinga dan belalai gajah dari pandangan atas amatlah menarik perhatian. Gua ini kelihatan mengunjur ke atas dengan beberapa kesan rekahan lantas menghasilkan lohong-lohong angin dari sebelah dalam. Pastinya rasa dingin yang meresap keluar dari rekahan kelam menambahkan keremangan suasana suram petang kala itu.

 

Selepas menikmati makan malam di tapak perkhemahan, Abang Akmar yang amat berpengalaman di Taman Rimba Kenong itu banyak menceritakan tentang sejarah zaman-berzaman yang pernah terlakar di hutan itu. Kesempatan sebeginilah penulis dapat menambahkan informasi fakta-fakta sejarah lisan dari penceritaan turun-temurun yang tidak tertulis di buku-buku sejarah. Kisah-kisah perjuangan pahlawan Pahang masa silam dan hubung-kaitnya dengan gua-gua dan laluan di Taman Rimba Kenong  memenuhi ruang masa perbualan yang panjang itu.

 

Lewat malam itu, beberapa peserta eksplorasi yang sempat melabuhkan mata pancing bersebelahan tapak perkhemahan tentunya dapat berbangga dengan hasil tangkapan masing-masing. Sememangnya Sungai Kenong yang  dingin dan jernih itu amat kaya dengan spesis-spesis ikan air tawar. Penulis ketika sedang bermandian disebelah petangnya pun telah dihampiri ikan-ikan jinak yang bermain-main sehingga ke gigi air. Pendekkata, taman rimba ini mempunyai segalanya. Dari nilai-nilai sejarah dan struktur artistik sehinggalah khazanah alamnya yang masih kaya dan terpelihara. 

 

Keseimbangan Alam Semulajadi

 

Destinasi seterusnya pada hari kedua penulis di sana ialah air terjun Lata Tujuh. Sepanjang perjalanan yang mengambil masa hampir 4 jam itu, penulis turut melintasi kawasan pemerhatian rusa dan gajah. Pokok-pokok nyatoh (sapotaceae sp), meranti (shorea sp), keruing (dipterocarpus sp dan sebagainya di samping tumbuhan-tumbuhan herba melatari pandangan sekeliling penulis. Kerimbunan silara hutan yang menghalang kemasukan cahaya matahari terus ke lantai hutan mengekalkan keadaan sekitaran yang lembab dan sejuk. Lantas, penulis percaya bahawa interaksi antara komponen biotik dengan komponen abiotik dalam ekosistem taman rimba ini telah mencapai keadaan self-sufficiency nya sendiri. Ini menyerlahkan sifat-sifat ekosistem hutan hujan taman rimba ini yang dikatakan mengandungi 12,500 spesis tumbuhan, 200 spesis mamalia, lebih 1,200 spesis rama-rama dan 600 spesis burung. 

 

Ketika tiba di kawasan air terjun itu, hujan turun dengan begitu lebat  menyebabkan penulis dan rombongan eksplorasi terpaksa berlindung di bawah rimbunan pohon-pohon. Lata Tujuh mendapat namanya disebabkan struktur air terjunnya  yang mempunyai 7 tingkat. Penulis yang pada ketika itu berada di tingkat ke lima, sempat juga merasai kedinginan air terjun selepas hujan semakin reda tidak lama kemudian. Sememangnya kedinginan yang mencecah itu mampu menyegarkan semula tubuh yang semakin lesu sejak hari sebelumnya.

 

Lewat petang itu, penulis dan rombongan tiba semula ke tapak perkhemahan. Perjalanan pulang melalui laluan yang di basahi hujan itu menambahkan ancaman pacat-pacat kelaparan untuk bergayutan di kaki. Menjelang petang, penulis tiba semula ke tapak perkhemahan lantas melakukan segala kelengkapan perlu. Semangat berpasukan yang tinggi di kalangan anggota rombongan eksplorasi membuatkan segala kerja-kerja perkhemahan menjadi semakin mudah. Sebelum matahari mula berlabuh bersama layar jingganya, semua peserta telah bersedia dengan persiapan di malam kedua.  

 

Penulis menghabiskan ruang malam yang penuh dengan bunyi-bunyian jutaan mergastua itu dengan meneruskan perbincangan tentang rahsia alam taman rimba itu. Di fahamkan, selain menjadi kubu kuat pasukan pejuang kemerdekaan, taman rimba ini turut menjadi tempat perlindungan penduduk sekitar ketika zaman perang dunia kedua dahulu. Jesteru, disebalik kekayaan flora dan fauna alam semulajadinya yang di miliki, ternyata taman rimba ini agak unik dan pastinya menjadi antara beberapa tempat tumpuan para pengkaji sejarah. Penulis yang melihat sendiri keunikan taman rimba ini turut mempunyai beberapa teori tersendiri yang boleh menguatkan beberapa fakta sejarah.

 

Menjejaki Rahsia Alam

 

Keesokkan pada hari terakhir itu, destinasi seterusnya ialah tiba di puncak Gunung Kesong. Gunung batu kapur ini yang telah terluluhawa kimia melalui proses pengkarbonan dan pelarutan itu telah menghasilkan pelbagai bentuk bumi karst. Dindingnya mempunyai banyak permukaan yang merekah. Ada di antara rekahan-rekahan yang agak besar ini yang telah membentuk grike. Pada kedudukan dinding yang terlindung, lubang-lubang gua dengan stalaktit dan stalagmit terhasil. Manakala di cerun-cerun curam, proses pengkarbonan menghasilkan kelaran-kelaran yang dalam. Memanjat dindingnya yang agak licin dan tajam selama hampir 3 jam itu membuatkan penulis lebih berhati-hati memerhatikan langkah. Sebarang kesilapan kecil boleh membawa risiko yang lebih besar.  

 

Di pertengahan perjalanan menuruni Gunung Kesong, penulis dibawa memasuki Gua Buta yang amat gelap. Cuma sesekala, galur-galur cahaya yang menyuluh masuk dari celahan dinding yang terbuka seakan menyerlahkan isi gua itu untuk ditatap. Keadaan gua yang amat besar dan lorong-lorong yang lebar memungkinkan anggapan penulis bahawa gua-gua itu mempunyai sambungan-sambungan yang menghubungkan antara satu sama lain. Setelah hampir 20 minit meredah kegelapan, penulis tiba semula ke kaki gunung itu yang nyata mempunyai jalan-jalan pintas yang unik.

 

Setibanya di tapak perkhemahan, hujan turun dengan lebatnya lantas membantutkan persediaan untuk berkemas pulang meninggalkan Taman Rimba Kenong. Setelah reda, penulis dan rombongan eksplorasi mula mengemas dan membersihkan semula tapak perkhemahan dalam cara yang paling mesra alam.  Perjalanan pulang yang sepatutnya melintasi kawasan Batu Hampar terpaksa dilupakan memandangkan faktor hujan yang membataskan masa. Hampir dua jam kemudian, penulis yang lebih dahulu tiba di Jeti Tanjung Kiara membersihkan diri dan bersiap memunggah beg ke dalam bot yang sedia menunggu.  

 

Di dalam suasana suam senja itu, penulis dan rombongan eksplorasi telah berada di dalam perut bot yang mula meninggalkan Sungai Kenong. Memerhatikan keharmonian kegiatan penangkapan ikan beberapa penduduk kampung di tebing sungai itu seakan turut menimbulkan beberapa persoalan dalam diri penulis. Tentang apakah kemodenan akan berlaku adil pada alam atau ancaman itu akan turut mereguk sejarah dan keindahan alam yang telah diwarisi untuk sekian lamanya di situ. Apa pun, pastinya kunjungan ke Taman Rimba Kenong itu adalah merupakan antara pengalaman berharga penulis. Suasana santai yang tidaklah terlalu memenatkan pastinya tidak akan mengecewakan pengunjung. Dan ingatan itu terus menjejaki fikiran penulis sekali pun telah berada di dalam keretapi menuju ke Kuala Lumpur.

 

 

 

Bagaimana ke sini;

 

Pengunjung yang memandu boleh meruskan perjalanan ke Kuala Lipis dan perhatikan papantanda menuju ke Taman Rimba Kenong. Sekiranya berkeretapi, pastikan berhenti di Stesen Lipis. Dari stesen keretapi tujuilah Jeti Sungai Jelai kira-kira 500m dari situ.

Teruskan perjalanan menaiki bot menuju ke Jeti Tanjung Kiara di Taman Rimba Kenong.

 

Perhatikan papantanda informasi dan setibanya di Kampung Dusun, gunakan khidmat penduduk di situ sebagai pemandu arah untuk perjalanan ke kawasan taman rimba itu.

 

Dklpacat Adv.Team dan Outdoor & Recreational Group Association of KLIA juga adalah persatuan yang sering menganjurkan eksplorasi ke sana. Untuk menyertai kunjungan ke sana sila hubungi urusetia persatuan di talian 019-2088875 / 012-6679 338

 

 



Blog EntryApr 22, '05 8:11 PM
for everyone

Mcm biasa ar si JebatzMTU tulis catatan dia..so korang baca ar sendili...

21 APRIL 2005

0620

Aku dah bangun.Solat then siap2 la apa yang patut. Air apah pon tak redi.Nak bawak air masak, air masak habis stok la plak.Taper lah.Kang beli jek la kat stesen minyak mana-kang.

0659

Tunggu shuk ni tak sampai-sampai lagi.Semalam beria jek kata nak datang sebelum kol 7. Janji ngan Ejam n bebudak lain kat Stesen Putra dalam kol 7 sengah. Ni dah sah lambat la ni..iks la.

0735

Korang pegilah. Aku tak polo.Nak sambung tido sms dari shuk.Hampeh sungguh la.Punya beria dok tunggu dia, dia plak yang kensel. Si Kui dah dok tercongok kat komuter Serdang dari kol 7 lagi dah. Eejam dah bising-bising lambat sampai la. Diorang dah lama tunggu la.Bla,bla,bla...heh

0802

Amik Kui kat Komuter Serdang then terus pecut ke Stesen Putra Gombak. Pergh.Laju gak ah. 110km/jam. Dalam 8 30 dah sampai. Ahah. Dari serdang ke situ bole buat bawah sengah jam. Sib baik ah jalan tak jem. Dah tu sib baik polis takde.Kalau idak, jenuh gak la.

0845

Start mendaki. Sempoi gak tempat nye.Letak keta kat tepi jalan n tepi umah2 org Kg Klang Gate.Dalam 15 minit pendakian, dah nampak skit-skit rupa bentuk Empang Klang Gate. Memang cantik view. Nampak Empangan tu.. n bole nampak KLCC. N bole nampak perbezaan kekotoran udara di area KL dengan Sg Siput(U)..huhuuhu. Masing-masing dah keluar peluh-peluh yang ada. Dah la tak sarap lagi. Terus pakat naik jek. Blasah jek la kan.Jangan ada yg tumbang udah.

Peluh jantan betina dah start keluar berlumba-lumba. Muka Kui ngan Azma dah memercik2 pelbagai jenis peluh(buktinya ada di bhg foto yek :D ). Satu puncak ke satu puncak. Satu batu ke satu batu. Satu tali ke satu tali. Berjam-jam jugak la rasanya .

Dah naik baru tau kenapa di panggil bukit tabur. Bertabur-tabur bukitnya. Aku rasa macam ada 7 ke 8 puncak tipu. Si Kui asyik dok tanya, lepas ni ke puncak betul nya. Heh. dengan penuh yakin aku angguk kan jek la. Padahal, aku pon tatau punya. First timer maaaa....

Sesambil naik tu pelbagai view yang superb ah dapat tgk. Dapat la bergambar dengan 2 puncak yg tak dikenali namanya. Peh tu dapat ah bergambar ngan KLCC, ngan umah Dato yusof haslam.(kat gambar tu, ada  bungalow kaler biru putih yang atas bukit. Ejam kata itu umah Dato,.Ye idak aku pon tatau)  Ada gak rumours kata umah Dato Daim Zainuddin kat area tu. Tapi tak dapek dikenal pastikan. SO tak dak la gambo nye. Tapi ada satu umah, HIDAYAT namnya. Beso ooo umah dia. Bole a buat BBQ utk 5 generasi MTUSEMPOi.com. Bole siap main bola la aku rasa.

1135

Sampai ke puncak setelah bergelen-gelen peluh keluar. Setelah penat lutut menggeletar. Setelah penat botol air di togok(aku nye air 1.5 liter tu tinggal suku jek bila sampai puncak..)Panas gak time tu. Lenkali tobat ah nak naik lambat. Paling kurang pon 7 sengah dah mula hiking.

Kat peak baru la mula membuka juadah yang disedia / disponsor oleh Cik Azma n Cik Yana n tatau sapa lagik. Yang aku tau makan jek.hehehe. Sedap oo nasik lemak n bihun di atas bukit ni. Nak buat camne. udah lapo. Dak pompan tak mkn sgt. Sebab penat la tu. iks iks iks. Ghugi sungguh la deme tak makan. Dah la ilang nikmat makan kat atas tu. Makin ah kurang tenaga sebab glukosa yang diperlukan tidak di supply kepada badan menyebabkan badan menjadi penat. Hehehe

1150

Gerak turun. Nak turun ikut jalan lain. Sebab Eejam dah saiko ebudak ni kata kat tali tu ada ramai orang mati. Huhuhuhuh..Lalu kat dusun org. Dikatakan dusun Tun Daim la..betui ke idak..entoh la..

1240

Samapi ke bawah n then terus g sungai kat bawah tu. Cadang2 nak sejuk2 kan la badan. Tengok ramai bebudak tengah tiruk. perghh..Cam mnearik tapi tak jadi la mandi..then bersurai ah..

Ejam antar Yana balik then ramai2 g lepak kat OUM tgk video kat kenong.........



Blog EntryApr 8, '05 9:19 PM
for everyone

Dibawah ini adalah catatan Jebatz salah seorang peserta xpdc kali ini...kita ikuti pengalaman beliau

XPDC KENONG APRIL 2-4APRIL 2005

1 APRIL 2005

1645
aku dah start kemas meja n then terus balik rumah. Hati gembira sebab dah 3 bulan
tak pegi masuk mana2 hutan xcept ke sg chiling hari tu. Risau gak aku sebab badan
langsung tak ready. Langsung tak prepare apa2 utk stamina. Hectic week.

1800
Ambik shuk kat rumah dia. Dia tgh dok tunggu dengan segala barang-barang hiking dan juga sekotak ration yang dia amik dari kak mas. Tu dia. Kuali, beras, etc. Semua lengkap.

1850
Dah masuk dalam komuter utk gerak ke KLsentral. Org lain lengkap dgn pakaian kerja, kami lengkap dengan pakaian nak masuk utan. Dengan beg besar nye, dengan ration nya, dengan kuali yg diikat di belakang beg(beg aku plak tu..dah jadik cam kuali ASTRO jek..huhu)

1915
Sampai jek kat depan KFC KLsentral, tgk-tgk, sorang pon takdak yg bawak beg beso2.
Iks.Hampeh.Kena kencing ke hapa nih. Ushar plak tempat-tempat lain. Takde la plak.
SMS kat mas. rupanya depa berkumpul kat depan Mcdonald la plak.
Tapi alang2 dah naik ke atas, maleh dah la nak turun ke bawah tu.
Aku ngan shuk dok tunggu jek la kat depan KFC.

2005
Keretapi mula bergerak menuju ke TUMPAT. Kami akan turun di Hentian Kuala Pilah yang dijadual kan untuk tiba pada pukul 0400. Dari KLsentral aku,shuk,ijam,hamdi,shikin,diana,azma,syahrul,sham,amir,ag, dan slyde. Kak Mas naik kat Hentian Kajang(kes lambat la niii..apa nye organiser daaa....hehe) dan ORGA naik kat Hentian SEREMBAN. Dalam train ni sempat-sempat la kenal gitu-gitu ngan bebudak ni. Sempat la bersembang2 ngan bebudak lelaki yang lain. Yang pompan, aku takleh nak sembang sgt.Segan. Very Happy.
Dalam kol 9, masing-masing bergerak ke Cafe. Perut dah mula berkeroncong. Mintak diisi. Ada 2 3 group jek la yang sempat duduk kat cafe. Aku, shuk ngan hamdi terpaksa beli bungkus dan makan kat tempat duduk. Jadila. Janji dapat makan. Lepas makan, mata aku dah tak bole tahan. Cam kena magnet. Tido dengan harapan bila bangun jek, dah sampai kat Hentian KUALA LIPIS. Tapi kusangkakan terik hingga ke petang, rupanya hujan turun di tgh hari..huhuh...kol 11 jek aku dah terjaga. Dah tak bole tido..hampeh jek...sampai ke KUALA LIPIS aku tak tido..


2 APRIL 2005

0415
Sampailah rombongan Cik Kiah dari Kuala Lumpur ke stesen Kuala Lipis. Sampai2 jek terus upacara membahagi-bahagikan ration pon bermula. Dah setel jek, maka upacara tido beramai-ramai la plak. Yang hampeh nye aku tak bole tido..aiyak la..

0900
Bot dari Kuala Kenong pon sampai. Abg Akmar(guide), dah ada kat Kuala Lipis. Kak Mas ngan Shuk jek la yang kenal.Then dari Kuala Lipis ke Kenong, Abg Ibrahim(guide gak dulu nye..tp la ni dah jadi dreba bot) bawak bot. Dalam bot la baru aku nak lena tido..beh nye sebab angin sungai nyaman gila.

1010
Sampai ke Jeti Hutan Rimba Kenong. Jeti ni terletak di Kg Dusun(bukan kg dusun yg sarip dol tu tinggal aa). Dari jeti berjalan dalam 15 minit ke rumah ayah Abg Akmal utk letakkan baju2 yg nak bawak balik nanti n sambil2 mentrensformkan diri ke baju masuk utan.

1045
Setelah dapat short briefing dari Abg Akmar, maka perjalanan pon bermula. Macam biasa, aku ngan shuk dok lepak belakang jek la.Jadik sweeper bukan sebab dah terer, tapi sebab aku tau aku pancit..hehe..so dok lepak belakang idak la awek2 lain tau aku pancit..nyeh nyeh nyeh. Lagi pon tgk si syahrul cam sakit2 jek kaki dia. So kami pon jalan slow2 jek la. Sembang2 ngan syahrul rupanya lutut dia baru injured sebab jatuh masa main badminton last week. Tu yg terhenjot-henjot tu. Tapi aku tgk cara dia jalan pon, macam overpush. Mesti lagi sakit nanti. 2 3 kalik gak aku remind, kalau sakit jangan paksa sangat. Tapi dia nak carry on ngan laju. Ikut ah. Manusia ni, kalau tak kena batang idung sendiri, tak tau. So aku bio jek la. Waktu jalan2 ni , aku dah terasa gak sakit2 lutut.Hmm..cam berjangkit jek penyakit ni..aiseh la..baru gerak jek nak kena sakit ka...

Onway ke Camp Site, Abg Akmar bawak tour 3 gua. Aku pon tak ingat gua apa. Gua Batu tangga, Gua terlahup n Gua ntah...hehhe...Tapi dalam gua tu, masyaAllah. Cantik nye la. Stalagtite n stalagmite(betui ke aku eja ni)..dalam gua tu siap membentuk something yg cantik. Ada yg bentuk mcm binatang, ada yg bentukkan macam rupa manusia, etc.

1430
Setelah berpeluh peluh jantan n betina keluar, sampai la kami ke camp site. Sepatutnya kami lepak kat bawah satu gua tu, tapi bebaru ni sapa nak dok situ, kena bayar RM4 seorang utk sehari. pergh . Mahal sungguh la. So Abg Akmar decide utk pegi tempat lain. Dia pon bawak la kami ke camp site ni. Sempoi gak sebab memang betul2 tepi sungai. Sampai2 jek operasi pasang khemah pon bermula. Aku ngan shuk pasang groundsheet ngan flysheet je. Tak bawak khemah sebab berat n lagi best tido bawah flysheet ni. Lain nikmat tido nye(sebab kalau ada nyamuk,..memang bertubi2 la kena..heh)

Usai jek khemah di pasang, Abg Akmar terus tenggelam di dalam arus air. Dijinjing 2 set jaring yang di pasang . Banyak ikan kelah dan lampam kata Abg Akmar. Tapi nak mendapat yang besar, depend pada luck.

1520
Lunch hari ni adalah nasi putih+ikan masin+sayur...makan sepinggan jek sebab si shikin takde pinggan or mestin utk makan. So ngan kesiannya(kat aku la kesian), aku kasik ah pinggan tu kat shikin...huhuhu..takleh tambah nasi... Lepas makan, mandi ah..apa lagik. Tapi yg herannya, lepas mandi, bagai nak rak aku berpeluh. Hmmm...Tatau la sebab dah lama aku tak masuk camping atau sebab apa.

1630
Get ready untuk masuk gua lagi..Shikin , Diana, n Slyde, n Syahrul tak join sebab entah..malas, sakit, etc..aku pon tatau. Gua yg kitaorg pegi
1. Gua Harimau (ada batu bentuk harimau)
2. Gua Batu bersanding( ada batu yg macam org bersanding.kalau tgk betul2, bole bezakan yg mana satu laki n pompan)
3. Gua Gajah (ada batu macam kepala gajah n anak dia. And kat situ gak ada satu batu yg besarrrrr yg macam terkapit di antara 2 lurah.
4. Gua Hijau ( Gua yg ada lumut2 hijau n macam tulisan Allah pada lelangitnya dan menurut cerita gak, ni la gua yg paling scary)

1830
Balik ke campsite n then siap2 utk dinner..

2000
Takde apa xtvt untuk malam. Just borak2 jek. Ada yg bukak port utk main card.
Ku pon terjebak sekalik sampai la pukul 12 lebih

0045
Card pon di tutup.Masing2 buat hal memasing,Dah ada yg tidor. And ada gak yang masih borak2 lagi.


3 APRIL 2005

0815
Sarapan dah siap dimasak oleh K mas. Pagi ni makan nasik goreng . 2 kali gak dia goreng sebab nak dibuat bekal masa pegi Lata 7 hari ni.Lata 7 ni tempat air terjun la. Nak sampai ke sana, kena treking dalam utan yg penuh ngan pacat dalam 4 jam la lebih kurang. Depend pada speed la plak.

0930
Mula bergerak ke lata 7. Macam biasa la. Layan dok belakang. Kali ni memang lutut aku dah sah sakit. Jalan pon terhengkot-hengkot. Shuk pon dah gelak- gelak jek

ooo..dulu gelakkan aku,skang ko rasa laa...


hehehhehehehehheheheheh..apa nak buek..redho jek la..hehe

Punya la jenuh berjalan. Tak sampai2 jugak.Shuk ngan K Mas siap amik giliran lagi pegi memmerut. Sib baik la ada yg bawak air. Kalau idak mau nye rehidration. Ada 2 bukit yg perlu di daki sebelum sampai ke Lata 7 tu. Boleh tahan gak . Sebab kaki dah sakit, tu yg tensen gak aku di buatnya. Nak mendaki, pergh punya lah seksa. Kaki kiri aku dah jadi tegak jek. Kalau bengkok, habis la sakit..

1325
Baru berjumpa dengan Lata 7 ni. Tapi tak leh mandi kat sini. Kena turun skit lagi untuk mandi. tempat dia tak la marveles mana, tapi boleh lah nak berenang n terjun tiruk.
Hamdi tergolek kat atas batu. Abis cermin mata dia pecah. Pergh ngeri gak bila teringat dia jatuh tu. Ye ah, Dah la batu keras-keras ni, lagi jatuh kuat plak tu. Pergh. Sib baik la tak jadi apa2 sgt. Kalau idak, jenuh gak nak bawak balik ke camp site.

1530

Gerak balik. Hamdi pon dah terjengkut-jengkut. Slyde ngan Syahrul pon join the party. Party of jengkut n jalan slow. Aku jengkut gak tapi bole jalan laju lagik..huhuhuh...1st group gerak laju la jugak. Aku shuk n slyde kat 2nd group. Kejar dari belakang jek.
Sampai satu tempat tu, 1st group tgh renti rehat. Waktu tu dah kol 1720 lebih kurang. Last group, Amir,K mas,Syahrul n ejam tak nampak bayang lagi. Ni mesti diorang dok kaver syahrul ni. So kitaorg decide utk carry on ke camp site.

1830
Hari dah nak gelap. Aku, Shuk n Slyde still lagik berjalan. jalan skit berenti, jalan skit berenti. Slyde sakit kaki kot. Dia pon tgk cam tak larat. ok gak tu. At least aku dapat recoer balik sakit aku. Hehhee....

1930
Baru nak sampai ke camp site. Tgk yg lain dah sibuk mandi manda dan ada yg tgh sibuk menyiapkan diri untuk memasak. Aku terus mandi .
Siap jek mandi, ngan kain pelikat samarinda, terus jek aku pegi tempat bebudak ni masak.
Tgk si Azma sibuk nak buat masak lemak ikan sungai. Aku pon join jek la kat situ. Betul2kan skit periuk nasik. Lepak lepak. Kutuk kutuk.
Dah kol 2000 tapi still bayang org belakang tyak namapk. Abg Akma pon get ready nak pegi cari diorang. Lepas sengah jam Abg Akmar pegi, bebudak ni pon sampai la. Rupanya diaorang takde torchlight. Tu yang lambat sampai. Diorang siap buat jamung lagi tu. Habis la t shirt ngan bandana askar amir jadik korban. Sian Sian

2045
Siap untuk menu malam ni. nasi putih+maska lemak ikan sungai+ikan masin+sayur kacang+sardin(aku masak aaa)+kopi ginseng tongkat ali...pergh..marveles sungguh rasanya..lepas maklan xtvt selanjutnya adalah lepak2. Ada 2 group kedai kopi. 1st group K Mas, Ijam,Sham.2nd group aku, Shuk,Slyde,Orga,Abg Akmar,AG. Dan ada satu group kasino..Diana,shikin,azma,syahrul.Amir dah tido dah.Penat jadik sweeper la tu.hehe

0130
Baru la habis sembang nye. Masing2 dah muka ngantuk. Group kasino masih rancak. Depa tgh rancak main BlackJack.Ceh apa kelas. Tak menarik langsung la...Aku roges shuk.Ajak layan declare. Penangan nya, sampai kol 4 sengah pagi main declare. Tu pon sebab hujan turun.kalau idak mau lama lagi main nya. Si Diana dah obses ngan declare sampai sanggup tak masuk tido lagi tu. Bebudak lain dah lena jek.Bergema la jugak dalam utan tu ngan nyanyian Alah selamatkan kamu...heheh

0500
lelap dengan jayanya


4 APRIL 2005

0905
Bangun bangun bangun...makan..K mas dah mula bising. Aku bangun kejap .Tgk line, sumer dah bangun. Aku ngan shuk jek terbongkang lagik. Argh tak boleh jadik..sambung balik tido..beh oo tidoo...heheh

0930
Bangun ..gosok gigi..amik gambar skit. then sarapan. Semalam depa kata nak masak nasik lemak. tapi yg ada nya nasik goreng. Belasah jek la. Janji kenyang.

1000
Shuk ngan Syahrul jadi jaga kat khemah. Yang lain terus ngan xtvt ari ni. Mendaki Bukit Kesong dan menjelajahi Gua Buta.
Pergh. Teruk jugak nak naik bukit ni. Penuh ngan batu-batu tajam. Tajam dia macam parang jek aku tgk. Dah la batu berkerikil keras. Kena panjat2 plak tu. Cam wall climbing jek. Memang menggerunkan.
Si Slyde sampai habis2 tenaga la nak memanjat nye. Kali ni aku plak jadi sweeper ngan amir. Relek jek dok belakang. Tapi dalam hati gayat gak ooo.Susah nak manjat batu2 gitu..Bagi guide kat bebudk ni cam dah xpert jek, padahal sendiri pon 1st time. Kuasa saiko tu penting.hehehhe

1215
Sampai ke puncak. Amik gambar. Rehat2 skit. tgk view yg boleh tahan marvelesnye.

1305
Perjalanan turun bukit pon bermula. Yang sebenarnya, menurun ni la lagiiiii la thrill nye. Ko akan nampak batu-batu tajam tu . Dinding yang 90 darjah yg penuh ngan slice2 batu yg tajam ..Pergh.Siap ada yg menggigil la kepala lutut...huhuhuhuh

Then Abg Akmar bawak masuk Gua Buta. Kat pintu gua, memang sejuk. Ada angin yg nyaman.pergh. memang la best. Dah panas masa turun bukit dapat plak angin gitu..pergh..cam nak tido plak rasanya.

Menjelajah dalam gua ni, macam2 menda dapat tgk. Ada kawasan ayng lapang macam dewan besar, and ada kawasan yg bole dilalui dengan merangkak jek
Dah masuk n tengok-tengok dalam gua, sekali lagi kena menurun bukit yg banyak dengan batu kerikil yang tajam.

Si Azma dah cuak jek nak turun. Tapak kasut dia dah tercabut-cabut jek aku tgk. Last-last aku gak yg kena amik tapak kasut tu.

1505
Sampai jek kat camp site, K Mas dah suruh siap-siap untuk gerak ke batu hampar plak. Batu Hampar ni, cam jeram la.Kat situ ada satu batu yang besarrrrrr yg terhampar pada dasar sungai. Kalau air kecik, nampak la besarr batu tu. Kalau air pasang, nampak skit jek la.
Tgh sibuk-sibuk berkemas, hujan plak turun. Lebat plak tu. Habih basah aku nye beg. Badan dah basah takpe. sebab aku still pakai baju n seluo hiking. Sib baik la baju n seluar dlm beg tak terjejas sebab dah masukkan dalam plastik. Tapi kelam kabut jugak la nak kemas dalam hujan tu.

1600
Hujan still tak berhenti, so K Mas pon decide nak gerak gak dalam hujan. So bergerak la balik. Kensel Batu Hampar sebab dah lambat.HuHUhuhuhuh..tak dapek nak mandi manda laie..
Abg Akmar dah lead jalan dengan 5 6 org budak. Aku ngan Shuk amik 2nd group. K mas, Hamdi, Syahrul, n Amir still kat belakang.

1705
K Mas dah potong aku. Syahrul di temani Amir kat belakang. Hamdi dah join aku ngan Shuk.
Jalan punye jalan, jumpa simpang 2. Pergh. Langsung takde tanda. Nak ke kiri ke kanan. Aku tatau. Shuk pon tatau. Shuk amik kiri, aku amik kanan. Sib baik la ada nampak cam bekas org lalu kat belah kanan tu.Kalau idak, mau sampai ke Batu Cave la kot kitaorg sesat.heheh.

1730
Baru sampai ke rumah ayah Abg Akmar. Pergh. Punya la penat berjalan. Baru mau sampai. Baru dok lepak kejap, Abg Akmar dah cakap, kena naik bot dalam kol 6. Bergegas la plak ke jeti. Tgk bebudak lain dah ramai yg siap mandi manda n tukar ke baju bersih n cantik. Memula aku cakp kat amir ngan shuk utk mandi kat KTM Kuala Lipis jek la. Tapi memandangkan aku tak solat lagi, aku mandi la gitu-gitu kat jeti tu. Then solat.
Bising Shuk ngan Amir bila tgk aku mandi..heheh..apa nak buat. Kena la selesa skit bila nak ngadap Dia kan.

1830
Bot bergerak dari Jeti Kuala Kenong. Selamat tinggal Kenong. InsyaAllah bulan 8 ni kita ketemu lagi.Hehehe.

2300
Keretapi bergerak lesu meninggalkan Bumi Kuala Lipis yang memberikan banyak kenangan pahit dan manis.
Dalam train dibantai main declare lagik.Tapi dalam vibrate version.hehe.Peh tu dok lepak kat cafe sampai la kol 5.Pergh. Ngantuk gila.

5 APRIL 2005

0730
Sampai di KL sentral. Sarap bersama then berpisah menuju ke haluan memasing.
Tamat coretan..heheh




Blog EntryMar 1, '05 7:43 PM
for everyone
XPDC KENONG RIMBA PARK
Kuala Lipis, PAHANG
2nd - 4th April ‘05

TENTATIF PROGRAM

Fri - 1st April 05
7.00pm -Meet at KL Sentral (Mcdonald)
8.00pm -embark train to Kuala Lipis, Pahang

Sat - 2nd April 05
4.00am -arrive at Kuala Lipis
8.00am -breakfast on your expenses
9.00am -boat ride downstream to the Tanjung Kiara Jetty.
10.00am -arrive at Jetty Tanjung Kiara / start trekking to Gua Kesong about 3 hours / set up camp site

Sun - 3rd April 05
8.00am -start trekking to Lata 7 waterfall (4 hours)

Mon - 4th April 05
8.00am -start ascend to Gunung Kesong (2 hours)
11.00am -arrive at Gunung Kesong / lunch
3.00pm -board motorized boat to Jeti Tanjung Kiara
11.00pm -embark train to KL Sentral
7.00am -arrive at KL Sentral (Mon 5th April 05)

additional activity --> Exploring Limestone Caves, Mountain Climbing, Rock Climbing, Swimming and placid
river waters, Camping beneath a tropical canopy and to the sounds of the jungle chorus, Jungle Walks

Tarikh Tutup Pendaftaran : 18th march 05
Berminat ? : nydzam 012 6679 338

Pakej
RM150
(transportation + guide + goodies + ration)

email kepada :
jawes6878@yahoo.com
d_klpacat@hotmail.com

SILA LAYARI http://dklpacat.multiply.com

Favourite Gunung: Tok Nenek


Blog EntryFeb 7, '05 2:57 AM
for everyone
Date : 31/12/04
10.00pm - Kebanyakan peserta mula berkumpul di hadapan pondok polis, puduraya, kuala Lumpur

11.15pm - Ration untuk keperluan camping/hiking tiba dan menunggu bas transnasional ke ipoh yang dijangka tiba pukul 11.30pm. perjalanan nanti akan menuju ke gopeng.

11.40pm - Bas transnasional ke ipoh tiba. Semua peserta mula menaiki bas. Masing masing merehatkan diri. Bas bertolak ke ipoh.

Date : 01/01/05

12.00am - Selamat tahun baru!!

1.40am - Tukar bas di hentian r&r. Bas no 2 akan membawa peserta sehingga perhentian bas gopeng, perak

2.30am - Tiba di perhentian bas gopeng, perak. Peserta berkerja
sama mengangkat beg & ration ked lm perhentian bas gopeng. Pembahagian ration dijalankan. Setiap peserta mendapat purata berat ration 1.5 kg. Peserta dari perak dah tiba.

3.30am - 2 buah van yang disewa tiba untuk membawa peserta ke kg sg itik, gopeng perak. Perjalanan akan mengambil masa ½ jam. Trip akan diulangi 3 kali utk peserta berikutnya. Perjalanan di kelilingi rumah kampung, ladang kelapa sawit dan paip air besar yang menyalurkan air utk daerah gopeng dan sekitarnya.

6.30am - Semua peserta tiba di kg sungai itik, gopeng perak.
Peserta sembahyang subuh. Kemudia masing-masing mula makan sarapan pagi. Menu pagi ni nasi himpit dan serunding yang telah disediakan malam sebelumnya.

7.00am - Senaman ringan dibawah tunjuk ajar en shakey’s dilakukan.

7.15am - Perjalanan dimulakan ke sg penchaling (camp site I). Sesi taklimat daipada juruarah (guider) dari Silver Outdoor Sport. Perjalanan awal melalui ladang kelapa sawit. Dan akan melalui sebuah jambatan gantung (besi) sebelum tiba di sebuah perkampungan orang asli.

10.00am - Tiba di perkampungan orang asli setelah berjalan hampir 4 jam. Sepanjang perjalanan dipenuhi dengan bau-bauan durian. Menggugat jiwa. Setibanya di perkampungan org asli. Beberapa peserta mula melayan nafsu makan durian. Paling hebat ialah en zamani. Hantu durian dlm grup tran gocam ni. Paling byk makan. Masing masing ambik peluang berehat dan beramah mesra dgn
penduduk kg org asli. Bergambar sesama sendiri dan orang asli. Menarik mengenai kg org asli di sini, menggunakan cahaya matahari sebagai sumber tenaga elektrik. Kalah orang bandar.

11.00am - Peserta mula bertolak sambung perjalanan semula. Perjalanan byk mendaki bukit kecil dan meredah semak dan hutan. Perjalanan tidak berapa susah dan sentiasa berhampiran sungai.

1.10pm - Berehat sebentar untuk sembahyang zuhur dan makan tengahari di tepi sungai.

2.00pm - Perjalanan di sambung semula ke sg penchaling. Pada masa ini peserta berpecah kepada tiga kumpulan. Kumpulan hadapan (leader), tengah (middle) dan belakang (sweeper).

3.55pm - Kumpulan hadapan tiba di sg penchaling (camp site I). diikuti kumpulan kedua dan sweaper. Peserta mula mendirikan khemah.

5.45pm - Beberapa peserta mula menyiapkan makan malam dan ada yang mandi.

8.30pm - Peserta mula menikmati makan malam. Menu makan malam ialah kari ayam, sayur kobis, ikang masin (hihihihihi), acar buah, kicap (penting ni) dan air teh. Makanan di masak oleh en shakeys sambil dibantu beberapa peserta lain seperti ju, lin, su dan lain lain.

9.00pm - Selesai makan. Peserta berkerja sama mengemas dan membasuh masstin, periuk dll. Peserta berbual bual kosong dan kelihatan beberapa peserta telah tertidur kerana keletihan.

Date : 02/01/05

7.00am - Kebanyakan peserta bangun lambat. Keletihan masih terasa. Mula memasak sarapan dan makanan tengahari. Pagi ni sarapan makan bubur chacha. Makan tengari yang disediakan ialah nasi goreng.

10.00am - Perjalanan dimulakan agak lewat. Kali ni akan menuju ke kem sg jantung (camp site II). Perjalanan byk mendaki bukit tinggi dan hutan semak. Macam biasa, peserta akan terbahagi kepada 3 kumpulan.

11.30am - Kumpulan tengah berehat (r&r) sebentar. Setelah mendaki beberapa bukit. Sambil makan coklat yang telah dibeli semasa di kuala lumpur.

11.40am - Mula sambung perjalanan semula. Perjalanan banyak diganggu agas hutan. Seksa wooo!!!

12.30pm - Rehat R&R di sebatang sungai. Beberapa peserta mula menikmati makanan tengari yang dibekal. Dan ada beberapa peserta memasak makanan extra seperti sardin..maggi.

1.00pm - Perjalanan disambung semula menuju ke kem sg jantung.

to be continue....


Blog EntryFeb 1, '05 11:49 PM
for everyone
Start your course from the 50 degree angle slope amongst fruit trees. Make your way to the top to get your first glimsp of the dam.
Continue moving on for another 30 minutes before you come to a spot which looks like a "dead end". There will be 2 ropes to help you get to the bottom.
Move on for another 25 minutes and then another "dead end". You can either use the ropes of just hang on to the rocks to get to the bottom. I preferred not to use the ropes because it was cumbersom.
Then, continue on for another 10 minutes before coming to the last "dead end". Again, you can chose to use the rope or not to get to the bottom. After that, it's a downhill walk all the way, through a cempedak and durian plantation where you will come back to almost the same spot which you left off.


Blog EntryJan 6, '05 7:35 PM
for everyone
Laluan Lagenda (Mat Kilau Trail)

Assalammualaikum w.b.t

Kepada rakan2 dan pengemar acara lasak, Pihak kami akan menganjurkan satu ekspidisi merentas laluan lagenda yang di kenali sebagai "MAT KILAU TRAIL".

Ekspidisi ini akan melalui beberapa laluan mencabar (medium core) seperti mendaki dan menuruni banjaran (range) sejauh 37km, mengharungi sungai selama 4 - 5 jam samada berakit (jika punya masa untuk membuat rakit), beranyut (floating) atau berenang dan bermalam di tengah hutan dan didalam gua.

Untuk makluman, ekspidisi ini hanya akan diberi keutamaan kepada perserta yang benar2 bersedia dari segi mental & fizikal, sanggup berkerjasama, mempunyai semangat setia kawan dan mencintai alam semulajadi (eco-friendly).

berikut adalah maklumat bagi ekspidisi tersebut:

Tarikh - 22 hingga 27 Febuary 2005
Masa - 6 hari 5 malam
Anggaran perserta - 20 orang

Yuran - RM 185
meliputi guide, insurans,
permit, pengangkutan (4x4) dari
CP1 ke CP2 dan CP7 ke CP8,
khidmat potter dan T-shirt.

Tempat berkumpul - Uptown Hawkers (D'sara Utama) 9pm (22.02.05)

sebarang pertanyaan & keterangan Lanjut, sila Hubungi 03-62803744 (haslina) atau 012 - 395 2998 (nizam).
Email: eksplorasi_asia@hotmail.co.uk

PERJALANAN / PROGRAM MAT KILAU TRAIL
EX PAKA (CP1)

DAY 1 (easy)
Depart to Paka and transfer by 4WD to Lata Keling Waterfall - Arrival/ Set up camp - Lunch/ Leisure - Dinner

DAY 2 (hardcore)
B/fast - Trek across Titiwangsa Mountain Range, climb up to Bukit Lata Keling, Bukit Gelugor & Gunung Main Angin - Lunch - Trek downwards to Sungai Chey - Set up camp - Dinner & campfire
#W/Duration (11hrs)

DAY 3 (hardcore)
Breakfast - River trekking through Sungai Larut - Bamboo rafting down stream along Tembeling River (or swimming / floating) - lunch – trek to kg bantal - Set up camp (near Kg. Bantal) - Dinner and campfire
#W/Duration (9hrs)

DAY 4 (med.core)
Breakfast - Board motorised boat to Kg. Bantal - Cruise to Kuala keniam (National Park) – trek to Gua Kepayang besar – lunch – trek to Gua Daun Menari – setup camp (inside the cave) Dinner.
#W/ Duration (9hrs 30min)

DAY 5 (med.core)
Breakfast – trek to kuala Tahan (National Park headquarter) - set up camp - Lunch & Dinner at Teresek Cafeteria / night walk at Taman Negara (additional activity).

DAY 6 (easy)
Breakfast - Board motorised boat to Kuala Tembeling - Lunch - Transfer back


NOTE: BASIC SURVIVAL ARE REQUIRED FOR THIS EXPIDITION!!
Email: eksplorasi_asia@yahoo.co.uk

XPDC INI TELAH DIBATALKAN OLEH PIHAK PENGANJUR DI SAAT2 AKHIR MENURUT EN NIZAM ABU BAKAR (ROB) SELAKU EXECUTIVE DIRECTOR EKSPLORASI ASIA TERDAPAT MASALAH GUIDE DISANA...kwang..kwang...


Blog EntryDec 8, '04 10:16 PM
for everyone
Friday - 31 Dec 04
Berkumpul di Puduraya 10 mlm
Bertolak ke Gopeng (Sg Itik)

Saturday -1 Jan 05
lapor diri kat balai polis gopeng
naik van lalu ladang sawit
tidur kat Sg Penchaling camp site

Sunday - 2 Jan 05
Jalan terus sampai ke kg tinggal Orang Asli (Jantung)
isi nama kat buku log di kg asli ( baca la... mat saleh pun ade lalu trans gopeng...)
Air sebelah camp site
Perjalanan akan banyak menyusuri Sg Kampar dan mendaki Bukit Riboo
*Boleh pancing..(bom ikan..ikan semua sihat2 boleh tahan saiznya)

Monday - 3 Jan 05
jalan terus ke Sg Ruil Cameron
perjalanan banyak mendaki hingga tiba di kawasan permatang Sg Ruil
perjalanan akan mengalami sedikit kesukaran disebabkan bekalan air sukar didapati
perjalanan akan melintasi batu 3 sempadan
dijangka tiba di Cameron petang (over night at Tanah Rata)

Tuesday -4 Jan 05
3 pm naik bas balik ke KL
d jangka tiba 8@9 mlm kat Puduraya


Tarikh Tutup Pendaftaran : 22 Dec 04
Berminat ? : neJamQ at 012 6679 338

atau anda boleh menghantar email kepada :
jawes6878@yahoo.com
d_klpacat@hotmail.com


Blog EntryDec 8, '04 8:24 PM
for everyone

XPDC GUNUNG BESAR HANTU (GBH)
11 - 12 December '04
By : d_klpacat Team + Outdoor & Recreational Gunung Activist (ORGA)

Nama Gunung : Gunung Besar Hantu
Tinggi : 1462 m / 4795 kaki
Lokasi : Kuala Kelawang, Jelebu, Negeri 9


Tentatif Program
11th December 04
5.30 am ->Berkumpul kek Stesen KL Sentral
5.54 am ->Naik Komuter KL-Soremban (1 ½ jam)
7.30 am ->Dijangka tiba kek Soremban
8.00 am ->Naik bas ke Kuala Kelawang
9.15 am ->Sampai kek Kuala Kelawang
10.45 am ->Naik 4WD @ van ke starting point GBH
11.00 am ~ 1.30 pm : perjalanan ke Lata Kijang
2.00 pm ~ 7.00 pm : mendaki ( + - 5 jam)

12th December 04
10.00 am ->turun
2.00 pm ->sampai Lata Kijang
4.30 pm -> sampai umah guide makan2 lauk masak lemak cili api
5.00 pm ->singgah la kat mane sempat..Jeram Toi ke,Jeram ape2 ke

_____________________________________________________


Gunung Besar Hantu (1462 meter) iaitu gunung yang tertinggi di Negeri Sembilan dan beberapa buah
gua di seklilingnya seperti Gua Semong dan Gua Harimau sentiasa menunggu cabaran anda untuk
menawannya. Terletak di sempadan kompartmen 188 dan 189, dalam Hutan Simpan Kenaboi.

Air Terjun Lata Kijang terletak di sini. Hanya mereka yang mempunyai ketahanan fizikal yang
mantap dan bersemangat kental sahaja dapat menerokai air terjun ini memandangkan
kedudukannya yang terletak di tengah-tengah alam belantara dan tiada kemudahan yang
sempurna untuk sampai ke sini.

Anda hanya boleh mengunjunginya dengan menaiki kenderaan pacuan empat roda kira-kira 1 1/2 jam
dari Kuala Klawang atau 3 1/2 dari Kajang melalui Genting Peres. Kemudian anda perlu berjalan kaki
kira-kira 40 minit menuruni bukit yang curam untuk sampai ke air terjun.

Perlu menaiki 4WD untuk sampai ke base camp akan jumpa Lata Kijang Waterfall (save about 7 hours)

XPDC dimulakan dari Lata Kijang - denai Jemeloi-Kem Hantu Air-Kem Orkid- puncak





*The d_klpacat TEam has the right to change, amend
and reschedule the itinerary



Blog EntryNov 24, '04 12:53 AM
for everyone
XPDC Trans Titiwangsa
Tarikh : 20-25/09/2004
Peserta : 8 orang
Guide : 2 orang

19/9/2004
-bertolak dari Hentian Puduraya 11.45 mlm menaiki Bas Tranasional ke Ipoh

20/9/2004 (Hari Pertama)
- sampai di Medan Kid Ipoh 2.10 pg
- rehat sebentar sambil minum the di Kedai Makan Selera Kg
- 4.00 pg sampai Intake
- 5.00 pg start trekking
- 5.30 pg cross sg kinta
- 6.15 pg sampai Kinta Dam (take 5)
- 7.10 pg tiba d Kem Org Asli Sg Teming
- 7.30 pg tiba Kem Bus Stop (breakfast)
- 830 pg mula trekking (Bukit Nenas)
- 1055 pg sampai kat air terjun
- 12.45 tiba Kem Seroja
- 345 ptg Kem Kijang (bermlm di sini)
- 630 ptg makan tghari & mlm
- 800 mlm selepas makan semua tido sbb hujan turun

21/9/2004 (Hari Kedua) ~

- 630 pg Bangun (g berak)
- 715 pg semua dah bangun
- 730 pg sarapan pg (menu: nasik jalang chow kit)
- 1000 pg mula trekking
- 1205 tgh sampai kat last water point (4800kaki)
- 110 am mula trekking ke Bkt Botak
- 200 ptg sampai d Bkt Botak (5960kaki)
- 600 ptg sampai puncak Korbu
- 915 mlm makan mlm

22/9/2004 (Hari Ketiga) ~ Puncak Korbu ~ Gunung Gayung - Kem H2O

- 630 pg bangun pg
- 1100 mula trekking ke Gunung Gayung
- 100 tgh sampai puncak Gayung
- 315 treking ke Kem Cerek
- 330 sampai kem cerek
- 400 ptg trekking ke Junction @ 6852
- 640 sampai junction
- 700 ptg trekking ke H2O
- 800 mlm sampai anak sg pertama
- 1100 mlm trekking ke Kem H2O
- 1145 mlm sampai Kem H2O
- 300 pg makan mlm


23/9/2004 Kem H2O ~ Gunung Yong Belar

- 1245 tgh mula trekking ke YB
- 120 ptg sampai Puncak H2O (5240kaki)
- 130 ptg trekking ke Anak YB
- 300 ptg sampai puncak anak YB, makan tgh
- 420 ptg trekking ke Kem Kuali (6520kaki)
- 615 ptg sampai kem kuali, hujan turun
- 700 ptg trekking ke gunung YB
- 736 ptg sampai Puncak Gunung YB
- 915 mlm mkn mlm


24/9/2004 Puncak YB ~ Blue Valley

- 1130 pg trekking ke Kem Kasut
- 1200 tgh smpai kem kasut
- 1230 tgh trekking ke Tudung Periuk
- 220 ptg sampai kem tudung periuk
- 315 ptg trekking ke Kem Dapur @ Pintu Gerbang
- 445 ptg sampai kem dapur
- 530 ptg trekking dr kabin ke Bt Sempadan Pahang Kelantan
- 645 ptg sampai Dam
- 810 mlm sampai gate luar dam


25/9/2004

- naik bas 300 ptg ke KL











Blog EntryNov 24, '04 12:47 AM
for everyone
Trans Titiwangsa merupakan antara gunung yang dikategorikan sebagai ‘hardcore’ telah berjaya ditawan oleh penulis dan rakan pendaki yang lain pada bulan September yang lalu. Untuk makluman semua Trans Titiwangsa melibatkan 3 buah gunung iaitu Gunung Korbu, Gunung Gayung dan Gunung Yong Belar. Bagi para pendaki gunung Trans Titiwangsa tergolong dalam senarai G7. Ikuti catatan penulis sepanjang ekspedisi pada kali ini.
Seperti yang dijanjikan, kami berkumpul di Hentian Puduraya pada malam 19/9/2004 sebelum menaiki bas menuju ke Hentian Medan Kid Ipoh. Sepanjang perjalanan menaiki bas Transnasional kami semua mengambil kesempatan untuk tidur kerana ekspedisi akan bermula pada awal pagi. Tepat pada pukul 2.10 pagi kami tiba di Stesen Medan Kid. Setelah memunggah beg kami semua menuju ke Kedai Makan Selera Kampung menunggu guide sambil mengisi perut. Ketua ekspedisi iaitu Adam kemudian datang bersama guide memperkenalkan diri kepada peserta yang lain. Kali ini kami mengambil guide dari Silver Outdoor Sport(SOS) iaitu Sahlan dan dibantu oleh Am. Dengan keadaan mengantuk lagi kami semua kemudian dibawa menaiki van menuju ke permulaan pendakian iaitu Intake (Ulu Kinta). Di sini kami bertemu dengan 2 orang lagi pendaki yang telah awal sampai.
Kami memulakan perjalanan pada pukul 5.00 pagi. Perjalanan menuju ke Empangan Ulu Kinta yang sedang dalam pembinaan mengambil masa kira-kira 1 jam 15 minit. Kami berpeluang melihat kerja-kerja pembinaan empangan ini. Sebelum sampai ke Empangan Ulu Kinta kami menyeberangi Sungai Kinta yang sejuk dan deras alirannya disebabkan hujan yang turun. Perjalanan diteruskan dan kami sampai ke Kem Orang Asli Sungai Teming pada pukul 7.15 pagi. Kedatangan kami disambut dengan salakan anjing dan membuatkan penghuni menjenguh keluar. Pada pukul 7.30 pagi kami tiba di Kem Bus Stop. Kami bersarapan pagi di sini dengan menu utamanya Maggie Kari. Inilah kali pertama penulis melihat pondok seperti Bus Stop di dalam hutan. Menurut guide kami, ada 1 lagi pondok seperti ini iaitu di Kem Seroja kira-kira 4 ½ perjalanan dari Kem Bus Stop.
‘Gerak…gerak..’ itu la kata-kata ketua ekspedisi kami menyuruh perjalanan diteruskan. Penulis tiba di Kem Seroja pada pukul 12.45 tengahari dan perjalanan diteruskan pula ke Kem Kijang. Kami bermalam di sini untuk hari pertama. Sumber air di Kem Kijang diperolehi dari dua batang sungai yang bercantum. Tanpa diundang hujan turun sebaik sahaja kami habis makan malam dan masing-masing masuk ke tempat beradu melabuhkan tubuh. Hujan turun sepanjang malam.
Pada hari ke-2 ekspedisi penulis bangun pada pukul 6.30 pagi di ikuti dengan rakan yang lain. Sarapan pagi disediakan dengan sajian Nasi Jalang Chow Kit dan Mee Hoon Goreng. Hari ini kami akan menuju ke Puncak Gunung Korbu. Perjalanan dimulakan pada pukul 10.00 pagi dengan menyeberangi beberapa anak sungai. Ketika ini penulis dapat rasakan seksaan telah pun bermula. Sebelum sampai ke puncak Gunung Korbu terdapat ‘last water point’ dan penulis tiba di situ pada pukul 12.05 tengahari pada paras ketinggian 4800 kaki aras laut.Kami berhenti rehat di sini untuk makan tengahari dengan bekalan Mee Hoon goreng yang dibungkus. Jangan terperanjat kerana di sini anda boleh menggunakan telefon bimbit untuk menghubungi dunia luar.
Setelah mengisi air yang secukupnya kami bergerak pula ke Bukit Botak. Pemandangan di Bukit Botak sungguh mengkagumkan. Walaubagaimanapun kami difahamkan terdapat panorama yang lebih menakjubkan menanti kami sebelum sampai ke puncak Korbu. Dari Bukit Botak juga kelihatan Puncak Chuban, Korbu Raya atau Anak Korbu dan Puncak Gunung Korbu. Maknanya di sini untuk sampai ke Puncak Gunung Korbu pendaki perlu mendaki dan menuruni beberapa puncak bukit tadi yang bersudut 70-90 darjah. Tuah menyebelahi kumpulan kami kerana berpeluang melihat pelangi berlatarbelakang Gunung Bubu. Terdapat laluan yang sukar untuk sampai ke Puncak Gunung Korbu di mana kami perlu merangkak seperti bayi, meniarap, memanjat menggunakan akar-akar pokok di samping tanah yang berlumpur. Pada tahap inilah segala kepakaran pendakian kami gunakan.
Akhirnya hasrat penulis menawan Gunung Korbu tercapai tepat pada pukul 6.00 petang dengan disambut hujan rahmat. Penulis bersyukur kerana tinggal 2 buah gunung lagi penulis akan menamatkan G7. Kegembiraan dan keriangan jelas terpancar pada kami semua. Tanpa membuang masa kami terus mendirikan khemah.